Aktviti Membaca!

Selasa, 12 Oktober 2010

Tiada Sepertimu


JUDUL: TIADA SEPERTIMU
PENULIS: ANITA ARUSZI
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTREPRISE



~ Rasaku… ~

Kisah ini membawa kita berkenalan dengan Zara Melissa [Zara] yang amat tidak ngam dengan Keifli Benjamin [Kif]. Pertemuan mereka bermula ketika Kif terserempak dengan Zara yang disimbah air. Dan semenjak itu mereka selalu sangat bertembung dengan keadaan itu. Kasihan Zara!

Namun pada itu Zara tak tahu pula yang Kif itu kenalan mamanya; Rubiah [Ruby]. Dan bila Zara mengetahuinya dia sudah tak senang duduk. Dia tak suka mamanya berkawan dengan anak muda yang entah bagaimana peribadinya. Dia tak mahu mamanya ditipu dan diperdaya dengan lelaki-lelaki sebegini. Apa yang Zara tak tahu pula, Ruby sebenarnya sudah lama mengenali Kif. Dia sudah faham benar sikap Kif itu bagaimana, makanya tolakan Zara itu tidak dipeduli.

Dek kerana mahu melindungi mamanya, Zara bertindak agak luar biasa. Kif ni ada restoran. Dan itu memudahkan jalan Zara. Dia memasukkan lipas dalam makanan yang dipesannya di restoran Kif. Apa lagi kecoh dibuatnya. Yang lebih malang, waktu itu Kif sedang berurusan dengan pihak bank untuk memohon pinjaman. Sudahnya pinjaman bank ditolak dan pelanggan pula nyaris lari.

Pekerja-pekerja Kif yang geram dan sakit hati dengan perkara itu menculik Zara. Kif yang menyedarinya pula menghulur bantuan tetapi kerana sikapnya yang mahu melindungi pekerjanya, dia mengaku itu semua rancangannya. Apa lagi perang tercetus lagi antara Zara dan Kif. Tetapi Kif ni bijak juga, dia mengugut Zara yang dia mempunyai gambar-gambar Zara ketika dia pengsan dulu. Zara tak mahu gambar-gambarnya diedarkan dan dengan itu dia bersetuju menjadi pekerja Kif di De’Raya.

Bekerja di bawah Kif membuka mata Zara. Dia mula mengerti lelaki itu tidaklah seteruk yang disangkakan. Namun itu tak bermakna mereka sudah kamceng. Ada-ada saja perkara yang akan buat pasangan ini bertengkar. Namun, takdir memang menentukan segalanya. Kejadian Ruby yang masuk ke hospital secara tiba-tiba menyebabkan dunia Zara gelap-gelita. Ruby rupanya menghidap penyakit jantung yang kronik. Mungkin hidupnya juga dah tak lama dan hasratnya adalah ingin melihat anak tunggalnya berkahwin.

Ruby melihat Kif adalah calon yang paling tepat. Pastinya hasratnya itu dianggap gila oleh Zara dan Kif. Tetapi Kif memang lelaki yang cukup memahami. Lagipun antara syarat supaya restorannya berkembang ialah berkahwin dengan Zara. Kemudian itu barulah bapa saudara Zara akan membantunya. Zara serba-salah. Dalam banyak-banyak lelaki tak tahu mengapa mamanya mahukan dia berkahwin dengan Kif. Tak tahu apa lagi kelebihan Kif di mata mamanya itu. Tetapi kerana kasihkan ibunya Zara menurut. Perkahwinan dilangsungkan sebagai syarat yang ibunya itu akan menjalani rawatannya.

Perkahwinan antara pasangan ini ada pasang surutnya. Apatah lagi berkahwin tanpa cinta benar-benar menguji. Kif terperangkap dengan masa silamnya. Dia pernah bercinta dulu dan padanya walau telah ditinggalkan, hatinya sukar beralih pada Zara. Namun dia akui ada masanya hatinya terusik dengan sikap isterinya. Zara pula mula rasa sesuatu. Hatinya mula terpikat dengan tingkah Kif. Cara Kif yang begitu melindungi itu membangkitkan rasa lain dalam hatinya. Sudah jatuh cintakah? Tetapi kalau jatuh cinta dengan Kif pun tiada salahnya. Bukankah Kif kini merupakan suami sahnya?

Kepulangan Intan; bekas kekasih Kif menyebabkan Zara rasa rendah diri. Siapalah dia di mata Kif? Kehadiran Gabriel; anak teman mamanya juga membangkitkan rasa cemburu Kif. Barulah Kif menyedari bahawa Zara kini sudah mula mendapat tempat dalam hatinya. Namun kerana ketidakyakinan Zara, dia menolak Kif.

Watak Riana mengundang rasa menjengkelkan. Dan plot-plot seterusnya lebih menarik. Apa terjadi pada Zara dan Kif bila mengetahui akan kisah silam Kif? Dan siapa Riana dalam hubungan mereka? Intan pula bersediakah berundur selepas tahu yang hati Kif sudah beralih arah? Dan pastinya kita semua mahu tahu akan apakah hubungan sebenarnya antara Kif dengan mama Zara? Ha, jangan tunggu lagi. Cepat dapatkan naskah ini di pasaran.

Aku kira identiti penulis ini memang sudah terbias dengan gaya thriller. Dalam kisah romantis begini pun, beliau punya kesempatan menyelitkan adegan thriller. Ia merupakan kelebihan yang jarang-jarang ada sebenarnya terutama buat penulis wanita. Syabas :D

Ps: Nampaknya Kojie; hero SV yang selamba itu tetap menjadi pujaan hatiku berbanding dengan Kif hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))