Aktviti Membaca!

Khamis, 11 Februari 2010

Jaja & Din


JUDUL: JAJA & DIN
PENULIS: NOOR SURAYA
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

Rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana 'lampu isyarat' [Prolog Pertama]

Itu agaknya yang terjadi. Aku sama-sama mabuk dengan cinta Faiza [Jaja]. Gadis yang tak pernah jatuh cinta dan bila masa dia terjatuh cinta, Jaja dah seperti orang yang jatuh dalam gaung je! hahaha ;P Jaja; seorang eksekutif perancang media lost in space bila terpandang wajah Ustaz M dalam sekeping foto yang ditangkap oleh Suhaimi [Mie]. Kebetulan dia dipanggil untuk membantu Mie memilih foto yang mana harus dipilih untuk iklan raya kali ini.

Bila saja mata Jaja menangkap wajah seorang lelaki yang berkopiah putih duduk bertafakur di pusara, mata Jaja tak dapat dialihkan lagi. Buat pertama kalinya Jaja dah tak serupa Jaja, dah jadi Jojet kan? hik3 lalala5 ;P Maka bermulalah sesi percarian Jaja dengan hanya berbekalkan maklumat sekeping foto.

Cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala 'peraturan hati' yang selama ini aku junjung! [Prolog Kedua]

Burhanuddin Al-Helmy [Din]; ini Ustaz M Jaja. Si Din yang Jaja boleh jatuh hati dengan hanya melihat iklan bisu tu! Walaupun sudah beberapa kali Jaja 'patah hati' sebab selalunya Jaja dapat maklumat yang salah tentang Din, Jaja masih lagi berharap. Sungguh dasyat aura Din ni ;D

Jaja sendiri pun selalu cermin diri. Siapalah dia kalau nak dibandingkan dengan Din yang bergelar ustaz itu? Jaja berambut karat, tak pakai tudung, jarang bersolat dan tak tahu memasak itu buat dia rasa kerdil sekali. Namun, Jaja cuba untuk berubah. Perubahan yang baik aku kira ;D

Di saat Jaja mengutarakan rasa hatinya pada keluarga, memang semuanya terkejut. Mana taknya kes anak perempuan meminang lelaki! Tiada dalam sejarah keluarga Dr Badrul Hisyam. Tetapi kalau itu kehendak Jaja, apa lagi yang harus dikata. Cuma bertuahnya Jaja, hadir dalam keluarga yang menyokong satu sama lain. Selain ada abah dan mamanya, dia ada Uncle Aqmar Aziz [macam pernah dengar kan watak ni ;P] yang terlalu menyayanginya. Ada Nini, Lala dan Wassim penyeri dalam hubungan adik-beradik ni.

Bahagia itu bukan sepertimana yang orang nampak, tetapi bagaimana yang kita rasa [Prolog Ketiga]

Ini kisah penamat. Tak boleh cerita sebab seperti apa yang aku baca di awal bab, ada ingatan dari Jaja, "Biarkan aku bercerita mengikut cara aku sendiri. Jangan menyampuk… apalagi membuka helaian-helaian belakang novel ini untuk mengetahui penghabisan cerita aku dan dia ini." [page 3]

Cuma dah jadi tabiat aku mula dari belakang, jadi masa mula-mula baca tu memang aku ternganga kejap la. Pandai Kak Su 'memperolok-olokkan' pembacanya ;D Ada juga diselit ingatan yang paling bagus dari Kak Su, "Tetapi kalau Jaja tidak kejam, bagaimana industri Malaysia hendak maju. Yalah, kalau seorang membeli, lima orang berkongsi baca… dan kemudian buku itu dijual sebagai barangan terpakai. Sedih kan!" [page 6]

Jujur aku nyatakan novel ini bukan hanya kisah cinta si perigi yang mencari timba. Bukan hanya cerita Laila yang mengejar Majnun. Ia kisah gadis biasa yang cuba mencari cinta pertamanya. Namun kisah ini menjadi luar biasa bila ia cerita cinta yang diadun dengan intipati agama dan bagaimana merungkai cinta berlandaskan syariat dan norma masyarakat. Disampaikan dengan cara bercerita yang cukup santai oleh Jaja, ia jadi seperti mendengar kawan baik anda yang berkongsi rasa.

Ps: Novel ni dah termasuk dalam carta kegemaranku untuk tahun 2010 walaupun ia sebenarnya diterbitkan di penghujung 2009 ;D

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. list novel yg akan ku cari di pesta buku adalah;
    1. Jaja & Din (klu k.Su penulisnya mmg WAJIB beli..hihi)

    2. Sinergi by Hilal Asyraf (sbb dh bc kisahnya separuh kt blog dia dlu...best2)

    3. Menunggu cinta tuhan by kak Lily

    4. Generasi yang hilang 2

    xsabarnya nk g bo0k fair!!! hehe

    BalasPadam
  2. fira ya hilwa,
    eh cukup ke 4 buah tu?
    aku ni ha macam makin panjang je list hik3 lalala5
    novel Kak Su tu memang WAJIB beli! ;D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))