Aktviti Membaca!

Rabu, 6 Januari 2010

Dame Zoete Sarah


JUDUL: DAME ZOETE SARAH
PENULIS: KHAIRYN OTHMAN
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

DZS bercerita tentang si manis Sarah Adam [bertepatan dengan tajuk], seorang wartawan yang sangat optimis dengan kerjayanya. Wartawan yang biasa-biasa ni sering kali 'terserempak' dengan Salim; pegawai polis ketika Sarah sedang menguruskan hal kerjanya. Sememangnya mereka berdua tak pernah sebulu.

Terima kasih lah pada Rod; jejaka yang entah mana muncul dalam hidup Sarah yang mengakibatkan seluruh hidup Sarah dalam bencana. Hidupnya mula kucar-kacir kerana rupanya dia sudah menjadi tempat buruan pihak sindiket dadah antarabangsa. Gara-gara 'barangan' yang diseludup masuk ke dalam beg Sarah, dia juga disyaki oleh pihak polis. Kasihan Sarah! Sarah kemudiannya bertindak untuk melarikan diri. Dengan beberapa bantuan dari teman Indonesia di Johor, dia berjaya keluar dari Malaysia dan melarikan diri ke Belanda.

Salim pula yang memang dah tak berapa sukakan Sarah mula tergoda untuk menyiasat. Sedangkan selama ini, dia selalu kata Sarah tu tak cantik apabila temannya cuba memadankan dia dan Sarah. Dia sukakan model untuk dijadikan pasangan. Tapi akhirnya tersangkut juga Salim ni kat Sarah. Mana tak nya Salim yang sibuk-sibuk nak menyiasat kes Sarah sedangkan dia bukan daripada bahagian narkotik.

Salim mengejar Sarah hingga ke Belanda! Gila lah Salim ni, dah la selalu bajet dia tu handsome [tapi dalam otakku selalu terbayangkan si Salim ni sebagai Dato’ SM Salim hik3 lalala5 ;P] Tapi Sarah rupanya ada semangat yang kental. Walaupun dia sebenarnya melarikan diri tapi dia inginkan kepastian. Dia ingin membersihkan namanya apatah lagi jiwa wartawannya merasakan ada satu rahsia besar di sebalik klu yang ditinggalkan oleh Rod.

Salah satu novel kesayanganku di sepanjang tahun lepas hik3 lalala5 ;D Tak silap aku membacanya ketika cuti sakit. Waktu tu memang tak terasa yang DZS boleh menghiburkan aku tetapi jangkaanku salah sama sekali. Piawaian yang aku letakkan untuk cerita thriller/saspen juga nampaknya tak 'menjadi' pada novel ini. Jadi senang cerita DZS berjaya mengikat aku sampai ke hujung cerita.

SalimSarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu [Blurb novel]

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))