Aktviti Membaca!

Selasa, 13 Oktober 2009

Cinta Origami Part I & II

JUDUL: CINTA ORIGAMI PART I & II
PENULIS: ~miss eurydice~
TERBITAN:
http://www.jiwang.org/portal/modules/forum/viewtopic,p,31030.html


~ Rasaku… ~

Ini adalah karya online yang secara tak disengajakan aku terjumpa & terbaca hik3 lalala5 Terjumpa kerana aku sedang mencari bahan kursus. Terbaca sebab nama wataknya hahaha Nasib baik juga lah tak panjang sangat walaupun ada sambungannya, kalau tak memang ia akan di'KIV'.

Part I

Cerita di alam universiti ni memang senang dibaca. Kisah Daniel Naim & Nurul Airina. Teman biasa sehingga menjadi teman rapat, aku kira sahabat lebih tepat kerana ada terselit pengakuan Dan yang mengatakan Airina itu bagaikan kembarnya.

Namun macam biasalah manusia itu berubah. Apalagi bila cinta melingkari hati. Dan berkenan dengan Wardah – gadis ayu lagi sopan yang bertudung. Amat berbeza dengan si Airina. Gadis ranggi yang up-to-date! Namun, itu lah orang tua-tua dah berpesan; Tak kenal maka tak cinta… dan bila dah kenal & jatuh cinta mula lah buta hik3 lalala5 [ni aku yg kata]

Kasihan lak si Airina tu sebab niatnya tuk berterus-terang disalah ertikan. Aduyai, memang kalau dah bercinta otak tu letaknya kat lutut. Tapi nak buat macam mana kan? Antara teman & kekasih anda pilihlah.

Part II

Hubungan cinta Dan makin mekar mewangi sampai lah kini. Si temannya – Airina pula hilang terus dari ingatannya. Tak patut betul! Hanya disebabkan cinta, Dan melupai teman yang pernah susah-senang dengannya.

But thanks God, sebab masa si Dan nak ajak Wardah dating tu ada sesuatu yang menghalang. Kiranya akhirnya Dan ni dapat juga lah melihat ‘kesopanan’ si Wardah tu sebenarnya. Manusia kalau dah buat salah, mengapa sukar nak mengaku?

Tika ini barulah si Dan tu tersedar. Ha ni eden tak berkonan ni. Dah terhantuk baru nak terngadah! Time ni la baru Dan terkenang si Airina. Napa tak buat je Airina tu reject Dan? Erk? Aku macam reveal ending je hik3 lalala5

Ps: Membacanya meninggalkan kesan yang dalam walau ayatnya biasa-biasa saja. Maybe coz I’ve experienced that!

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))