Aktviti Membaca!

Rabu, 21 Oktober 2009

Lamaran Kedua


JUDUL: LAMARAN KEDUA
PENULIS: MA LEE CHUSWAN
TERBITAN: CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD



~ Rasaku… ~

Aku meminjam novel dari kak ya yahthanks kak! Yang paling slambernya leh lak aku simpan novel ni cam khazanah Negara. Maybe I’m quite busy, erk? Tak lah… busy with my personal things…

Ok, novel ni kena hati-hati cikit sebab ada beberapa unsur romantis yang rasanya tak sesuai tuk bacaan anak remaja hik3 lalala5 Bukan apa, almaklumlah remaja la ni suka sangat meniru aksi yang bukan-bukan…

Kisah ini tentang pasangan dua sejoli yang bercinta semenjak kecil; Nina & Jefri (Jeff). Hubungan yang direstui keluarga. Mereka ditunangkan sebelum Jefri berlepas ke luar Negara. Enam tahun menyulam kasih, namun sayangnya ia terkubur di tengah jalan.
Kepulangan Jefri yang dinanti rupanya membawa luka di hati Nina. Tak siapa menduga sedang enak bermimpi nak berkahwin, ada pula yang kacau daun.

Kerana kecewa, Nina membawa diri. Si Nina ni part time modeling. So, selalu la mukanya terpampang di majalah @ TV. Aku geram sikit la, tiap kali model mesti cantik je. Tapi tu la, dah namanya pun model gayanya memang macam model la hik3 lalala5

Pada Jefri, pemergian Nina umpama membawa nyawanya juga. Adat kita kalau dah hilang di mata barulah kita tercari-cari… ishk3 Tapi respek gak la kat Jefri ni walau beribu perempuan yang datang hatinya tetap pada Nina. Malangnya dua sejoli ni sama-sama tak tau mengalah. Kalau Nina dengan keras hatinya. Si Jefri pula tak tau agaknya belajar dari kesilapan.

Nasib baik la mereka berdua ni kena tangkap basah [actually tak elok, tapi dalam novel ni aku rasa ok la kot], kalau tak memang kempunan la si Jefri nak dapat balik si Nina tu. Namun kisah cinta ni tak berakhir di situ. Ada lagi rentetannya cukup sesuai dengan tajuknya; lamaran kedua.

Ps: Ma Lee Chuswan ni beza ke dengan Jessy Mojuru?

Happy reading (^-<)

Selasa, 13 Oktober 2009

Cinta Origami Part I & II

JUDUL: CINTA ORIGAMI PART I & II
PENULIS: ~miss eurydice~
TERBITAN:
http://www.jiwang.org/portal/modules/forum/viewtopic,p,31030.html


~ Rasaku… ~

Ini adalah karya online yang secara tak disengajakan aku terjumpa & terbaca hik3 lalala5 Terjumpa kerana aku sedang mencari bahan kursus. Terbaca sebab nama wataknya hahaha Nasib baik juga lah tak panjang sangat walaupun ada sambungannya, kalau tak memang ia akan di'KIV'.

Part I

Cerita di alam universiti ni memang senang dibaca. Kisah Daniel Naim & Nurul Airina. Teman biasa sehingga menjadi teman rapat, aku kira sahabat lebih tepat kerana ada terselit pengakuan Dan yang mengatakan Airina itu bagaikan kembarnya.

Namun macam biasalah manusia itu berubah. Apalagi bila cinta melingkari hati. Dan berkenan dengan Wardah – gadis ayu lagi sopan yang bertudung. Amat berbeza dengan si Airina. Gadis ranggi yang up-to-date! Namun, itu lah orang tua-tua dah berpesan; Tak kenal maka tak cinta… dan bila dah kenal & jatuh cinta mula lah buta hik3 lalala5 [ni aku yg kata]

Kasihan lak si Airina tu sebab niatnya tuk berterus-terang disalah ertikan. Aduyai, memang kalau dah bercinta otak tu letaknya kat lutut. Tapi nak buat macam mana kan? Antara teman & kekasih anda pilihlah.

Part II

Hubungan cinta Dan makin mekar mewangi sampai lah kini. Si temannya – Airina pula hilang terus dari ingatannya. Tak patut betul! Hanya disebabkan cinta, Dan melupai teman yang pernah susah-senang dengannya.

But thanks God, sebab masa si Dan nak ajak Wardah dating tu ada sesuatu yang menghalang. Kiranya akhirnya Dan ni dapat juga lah melihat ‘kesopanan’ si Wardah tu sebenarnya. Manusia kalau dah buat salah, mengapa sukar nak mengaku?

Tika ini barulah si Dan tu tersedar. Ha ni eden tak berkonan ni. Dah terhantuk baru nak terngadah! Time ni la baru Dan terkenang si Airina. Napa tak buat je Airina tu reject Dan? Erk? Aku macam reveal ending je hik3 lalala5

Ps: Membacanya meninggalkan kesan yang dalam walau ayatnya biasa-biasa saja. Maybe coz I’ve experienced that!

Happy reading (^-<)

Ketika Cinta Bertasbih [Episod 1]


JUDUL: KETIKA CINTA BERTASBIH [Episod 1]
PENULIS: HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY
TERBITAN: AR-RISALAH PRODUCT SDN BHD



~ Rasaku… ~

Membaca novel ni, nak tak nak tetap akan membandingkan dengan AAC. Barangkali pengharapan yang terlalu tinggi akan menyebabkan ramai yang berkata ia tak sehebat AAC. Benarkah?

Secara jujurnya aku lebih senang dengan KCB. Mungkin aku tak pernah berjumpa lelaki yang sesempurna Fahri (AAC), jadi kehadiran Azzam dalam novel ini membuatkan aku rasa wataknya lebih dekat di hati.

Khairul Azzam – Lelaki yang biasa-biasa saja. Berpendidikan agama tetapi tetap ada khilafnya. Dia tak kaya, tidak miskin cukuplah seadanya. Kekurangan kebendaan menyebabkan Azzam berusaha keras untuk menampung pelajarannya. Apalagi bila di tahun 2, ayahnya pergi meninggalkannya. Sebagai anak sulung, rasa tanggungjawab pada keluarga melebihi segala-galanya. Lalu Azzam mengambil keputusan berniaga tempe/bakso dan perlahan-lahan telah mengalihkan tumpuannya dari belajar kepada dunia pekerjaan.

Kesungguhan Azzam berniaga dan berdiri di atas kakinya sendiri itulah yang membuatkan aku lebih menyukainya. Walaupun terpaksa menghabiskan B.A hampir 9 tahun, namun tak siapa yang tahu bahawa dia adalah tulang belakang pada keluarganya di Indonesia. Dengan hasil niaganya itulah yang membiayai persekolahan adik-adiknya yang akhirnya telah menjadi ‘orang’. Aduh, cintanya pada keluarganya buat aku juga jatuh cinta hik3 lalala5

Sepertimana cerita novel lain, ada juga terselit kisah cinta. Azzam jatuh cinta pada Anna Althafunnisa. Pernah tergoda dengan Eliana. Itulah Azzam yang biasa-biasa. Aku kira itulah jua lelaki yang biasa-biasa yang bila berdepan dengan godaan, iman semakin lemah. Ada terselit watak Furqan. Lelaki yang hampir sempurna. Sahabat Azzam di Mesir yang agak popular; si putera tampan, cerdas, kaya dan berkelulusan Master dari Cairo University. Namun, itulah kehidupan. Yang baik yang kaya yang cerdas dan yang bijak ada masanya kecundang juga. Takdir Tuhan tiada yang bisa dihalang.

Azzam - tidak terkira ramainya orang-orang yang hidup bermentaliti kambing, meskipun mereka sebenarnya adalah singa. [Page 613]

Ps: Will be continued… KCB Episod 2

Happy reading (^-<)