Aktviti Membaca!

Rabu, 16 September 2009

Salam AidilFitri

Salam AidilFitri

Buat semua teman yang ku kenali atau pun yang di alam maya
Terima kasih kerana sentiasa menyokong ku [walau ada gak yang xsuka]... apa saja yang anda lakukan buat aku & blog ni, aku cukup menghargainya

Erm, ayat cam skema hik3 lalala5
By the way, this 'photo-e-kad-raya' untuk korang, gambar yang sempat ditangkap masa OT kat Kemaman hari tu hik3 lalala5





Happy reading (^-<)

Khamis, 10 September 2009

Andai Semalam Ku Miliki


JUDUL: ANDAI SEMALAM KU MILIKI
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: NB KARA SDN BHD


~ Rasaku… ~

Membaca ASKM buat mood aku sedikit turun. Cerita ini bagaikan kurang rencahnya. Agaknya jika ditulis dalam 300 lebih mukasurat instead of 562, ia akan menjadi lebih baik sebab rasanya kalau tiada pun ia tak mengganggu cerita ini. Walau bagaimana pun, cerita ini masih ada kelasnya. Harus dibeli oleh pembaca setia NB hehehe

ASKM berkisar tentang janji sepasang kekasih. Wardah dan Zafri yang jatuh cinta nun jauh di Turki. Macam selalu walau kisah cinta, NB tak ada kisah jiwang-jiwang karat ok! Dan bagiku ia tak pernah mencacatkan ceritanya.

Wardah anak seorang pelayan yang mengikut Dezzya, teman rapatnya ke Turki untuk bekerja setelah dijanjikan gaji yang lumayan. Wardah dan Dezzya bukan saja rapat malah kasih sayang yang ada bagaikan saudara sendiri. Muka pun dah iras-iras, macam kembar je. Oh ya, ada kisah menarik antara Wardah dan keluarga Dezzya. Bacalah…

Di Turki, Wardah bertemu Zafri. Ada rasa yang menjengah hati membuatkan mereka saling berhubungan melalui internet. Tika ini Zafri mahukan Wardah menunggunya dan berjanji akan memperisterikan Wardah. Namun, kehadiran Zainab yang sakit tenat mengocak hubungan yang baru ingin mekar. Zainab yang ketika dahulunya cukup dibenci, perlu dibantu atas dasar simpati. Antara kasih dan kasihan minda Zafri beku. Apa pun pilihannya dia tetap perlu berkorban. Jadi siapa yang akan menjadi mangsa? Kasih Wardah? Cinta Zafri? Dan kesungguhan Zainab untuk berubah tak boleh dipandang enteng!

Ps: Cerita tentang Turki buat aku makin tak sabar mau ke sana. Kena kumpul duit cepat la ni hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Rabu, 9 September 2009

Warna Hati


JUDUL: WARNA HATI
PENULIS: MEEN ZULAIKHA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Aku sangat suka dengan novel tulisannya yang pertamanya (KYS). Masih terkenang-kenang si Seth tu gaya lelaki yang cukup gila - tindakan berani mati hik3 lalala5

Dalam WH pula, watak lelaki yang disampaikan biasa-biasa saja. Tapi tak dinafikan di sebalik kebiasaan tu ada juga manisnya. Cuma rasanya ada beberapa plot yang agak predictable.

WH cerita tentang anak gadis yang lanjut usianya. Menerima kata dua dari ibunya, sama ada bawa calon sendiri atau calon pilihan keluarga. Ternganga la Cik Zara Lisa! Mana nak cekau suami dalam masa yang singkat. Menggunakan sesi ‘Speed Dating’, dia terperangkap antara Erman dan Harith.

Erman Arif – jejaka kacak dengan penampilan yang bisa menggugat naluri Zara. Kemas, menarik, kaya dan banyak lagi la ciri-ciri idaman kalbu. Di sini Zara menjadi plastik. Terlalu menjaga tutur katanya supaya nampak dia seiring dengan Erman.

Harith Fadzillah – lelaki serabai hahaha Bekerja sebagai pemandu, tak bergaji besar, katanya speaking pun tak tau. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan Harith. Iyalah Zara tu kan berpangkat Eksekutif. Jadi mau ke berkawan dengan Harith si driver? Namun dengan Harith, Zara menjadi Zara… tak perlu berlakon. Tak perlu berpura-pura. Itu yang menariknya lelaki yang penuh dengan sikap bertanggungjawab dan humor ini.

Zara sebenarnya keliru. Memilih dengan mata atau dengan hati? Antara Erman dan Harith, tiba pula si Jefri – bakal suami pilihan ibunya. Menangis tak berlagu Zara membawa diri bila dia dipaksa bertunang dengan Jefri. Tapi ada sesuatu yang berlaku menyebabkan pertunangan itu terputus hehehe

Yang setia menanti Zara siapa? Tekalah, tak susah sangat pun hik3 lalala5 Selain cerita gadis yang lambat kahwin ni ada juga kisah si isteri yang terabai nafkah batinnya. Ada cerita sang suami yang benar-benar mengasihi isterinya walau dia tahu dia bukanlah suami yang didambakan. Terselit juga cerita lelaki yang sukakan kaum sejenis.

Ps: Tertarik dengan cara menghadiahkan novel sebagai pengantara isi hati hik3 lalala5

Happy reading (^-<)