Aktviti Membaca!

Jumaat, 10 Julai 2009

Selembut Bayu Sedingin Salju


JUDUL: SELEMBUT BAYU SEDINGIN SALJU
PENULIS: INDAH ISKANDAR
TERBITAN: MELATI PUBLISHER



~ Rasaku… ~

Ini novel ternipis yang aku ada. Sangat-sangat nipis dan rasanya aku baca tak sampai 30 minit hahaha Novel ni aku beli masa tengah tunggu bas. Waktu tu aku nak balik ke KL dari kampung. Novel pertama terbitan Melati Publisher yang aku beli.

Cerita tentang Shahrin, anak orang kaya tapi terpaksa susah. Teknik imbas kembali di pertengahan cerita akan memberitahu anda kenapa dia terpaksa berdiri di kakinya sendiri. Tak lain tak bukan pastinya kerana cinta. Ish, cinta tu buta ke? Hahaha

Shahrin walau mungkin gagal cintanya namun tak gagal dalam kehidupan. Belajar dari kesilapan lalu. Dan dia bangkit meneruskan impian. Bagus kalau semua yang frust menonggeng tu buat cam ni. Ya lah, ini tak asyik-asyik bunuh diri. Haiyakk… kalau yang dicinta tu bunuh diri juga bersama takpe la. Ni kau sorang-sorang je yang terseksa jiwa batin.

Kehidupan Shahrin mula berubah setelah dia berjaya dalam pelajarannya. Kini menjawat jawatan yang elok. Dia boleh dikategorikan sebagai lelaki berjaya. Dia bertemu Anita. Gadis yang melakukan praktikalnya di syarikat tempat Shahrin bekerja.

Anita gadis yang agak cantik pada pandangan Shahrin. Namun, mungkin saja dia susah so pemakaiannya tak menampakkan kecantikannya. Yang ni biasa la… kalau dah suka, tak kenal botol kicap ngan botol cuka. Aku gelak dan senyum sendiri masa baca part Shahrin bersama Anita… "sampai bau pun asli." Series, sampai sekarang aku ingat dialog ni hahaha

Hubungan mereka mula mekar. Tapi, Shahrin ni lampi la. Waktu Anita dah bagitahu yang dia nak balik kampung sebab ada yang datang meminang barulah dia terkocoh-kocoh nak bagitahu. Nasib baik je si Anita pandai switch hahaha kalau tak, pastinya Shahrin memang kena gigit jari hik3 lalala5

Pe yang pasti novel ni sangat-sangat mudah difahami. Nipis. Tak perlu nak selak banyak-banyak hahaha Lagi pun, jalan cerita yang terlalu straight forward. Tak ada konflik… so no worries! hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))