Aktviti Membaca!

Rabu, 29 Julai 2009

Rindu Cintaku


JUDUL: RINDU CINTAKU
PENULIS: FAUZIAH ASHARI
TERBITAN: INTENS MEDIA INTERNATIONAL SDN BHD


~ Rasaku… ~

Sequel kesinambungan Ombak Rindu & Cinta Tiada Akhirnya, kali ini Fauziah Ashari mengimbas kembali kisah-kisah Hariz dan Izzah. Dan rasanya pada pembaca setia cerita ini, memang wajiblah beli sebagai koleksi anda & akan lengkaplah trilogi kisah Izzah-Hariz ni. Aku review ini dulu sebab yang ni je ada dalam simpanan. Yang lagi dua tu ada orang pinjam hehehe

Kali ni kisah berkisar tentang rumah tangga pasangan ini. Izzah yang masih lagi tak berupaya mengingati keseluruhan kisah silam. Hariz yang pula terumbang-ambing diuji dengan segala macam masalah pejabat. Dia juga telah meninggalkan Sufiah Holdings kerana kewujudan orang ketiga yang dendam dengannya.

Dalam novel ini, watak-watak dalam OR muncul kembali dan membawa pembaca ke dunia kejahatan dan penuh maksiat yang tidak terfikir oleh pembaca yang tenang. Pelbagai dugaan diuji atas Hariz mahupun Izzah. Ada juga diselitkan watak ZulFaris dalam Setia Menanti dan menjadi bos kepada Izzah. Watak Kelvin dan Roland juga termasuk dalam novel kali ini, dan mewarnai cerita ini, bergaduh, pub dan arak...

Kasihan juga dengan Hariz, kerana gara-gara Elis-adik Maya, dia dibelasah teruk oleh keluarga bekas mentuanya tu. Sebabnya Elis mengaku yang Hariz dah meragut kesuciannya & dia kini mengandungkan anak Hariz. Waa… kasihan Izzah. Akhirnya mesti happy ending... Kemelut kisah cinta Izzah-Hariz akhirnya bahagia bersama Asyanur Juni Ibtisam dan Haji Hariz Abdullah, and on the way baby coming hik3 lalala5

Overall walaupun aku rasa garapannya kali ini kemas berbanding yang sebelumnya, tapi ia kurang memberi kesan dalam hatiku. Jika ditanya yang mana menjadi pujaan, pastinya OR adalah yang terbaik antara trilogi novel ni.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))