Aktviti Membaca!

Khamis, 30 Julai 2009

Opposites Attract

JUDUL: OPPOSITES ATTRACT
PENULIS: JAT
TERBITAN:
http://avoid-bunch-up.blogspot.com/

~ Rasaku… ~

Waa… napa aku sangat rajin menghadap komputer? Hahaha… tak tahu la napa, yang pastinya aku tersangat bosanlah menghadap costing yang berlambak tu. Otak pun makin tepu dengan terma-terma law yang rasanya dah tak mampu kuhadamkan lagi huhuhu

Kali ni tertarik dengan review Cik Ulatbuku, so aku pun menjelajah mencari e-novel ni. Waktu masuk je, lega-lega hijaunya… mendamaikan hihihi lagipun, aku mmg malas nak duk depan komputer lama-lama, so lucky cerita ni ada 11 episod je =)

OA tentang budak-budak sekolah, anak remaja yang ingin mengenal dunia. Tapi bukan takat tu je… kisah ini membesar bersama-sama watak-wataknya yang juga turut membesar mengikut waktu. Suka dengan Atia Hanan yang pemalu, Aliff Izwan yang nakal dan Yusra teman yang memahami. Sememangnya alam persekolahan adalah kenangan yang paling manis.

Atia gadis yang penuh adab. Sopan, pemalu yang membuatkan hati jejaka ini bergetar hebat, siapa? Aliff Izwan la hihihi

Aliff Izwan ni agak nakal orangnya. Yalah, nak pikat ‘ustazah’ kan? Macam-macam cara dia cuba, nasib baik la dia kamceng ngan ummi Atia, Auntie Aisyah & juga abang Atia, Ilham. Best betul dapat family cam ni kan? Tersangatlah sporting hihihi

Kasihan Aliff… puas mengintai, bagi hint… si Atia buat dek je. Tapi takpe la Aliff, berbaloi juga menunggu. Penantian itu memang satu penyeksaan tapi hasilnya memang best… Aliff & Atia, I like this sweet lovey-couple hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))