Aktviti Membaca!

Khamis, 16 Julai 2009

Mimpi Kita Serupa


JUDUL: MIMPI KITA SERUPA
PENULIS: SITI HAZNEZA ABDUL HAMID
TERBITAN: CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD


~ Rasaku… ~

Cerita ni pun cam cerita salin tikar hehehe
MKS kisah tentang dua beradik kembar. Cerita tentang Fawwaz dan Syafiq. Kisah mereka membesar dan menempuh kehidupan. Terselit kisah cinta yang bersegi-segi melibatkan dua beradik ini dengan seorang wanita yang sama.

Yang Hasmira gadis yang dipuja Fawwaz dalam diam. Kebetulan juga rasa itu dikongsi bersama oleh abangnya, Syafiq. Kebetulan barangkali... Namun ada jangkauan yang dapat dibaca. Yang Hasmira sememangnya mencintai Syafiq sejak dari dahulu lagi. Dan di sebalik wajah Syafiq yang selamba, Fawwaz tidak menduga abangnya turut meminati gadis yang sama. Lalu apa dayanya?

Fawwaz membiarkan hati lelakinya basah dengan air mata... Bertahun lamanya begitu. Tanpa Fawwaz tahu, Yang Hasmira turut derita kerana merinduinya. Derita kerana dilarang walau menyebut namanya, apatah lagi berbicara seperti waktu-waktu sebelumnya. Yang Hasmira duka kerana kehilangan seorang sahabat sebaik Fawwaz biarpun kini mereka sekeluarga.

Kemarahan Yang Hasmira meletus bila suaminya terdetik keraguan atas kesetiaannya yang tak berbelah bagi walaupun dia sentiasa merindui Fawwaz, dia tak benarkan langsung dirinya terserempak dengan Fawwaz, begitu juga Fawwaz yg begitu menghormati keputusan Syafiq. Bila dapat anak Syafiq beri nama anak itu 'Fawwaz' supaya Yang Hasmira dpt menyebut nama yang dirindui itu tanpa teragak-agak. Rasa kagum pulak dengan Syafiq kerana tahu menyelesaikan masalah rindu dendam antara mereka bertiga.

Dan jodoh itu sememangnya urusan Tuhan... Bila sampai masanya akan termeterai juga tanpa ada siapa yang menjangka... yang mengingatkan aku pada suatu pepatah yang amat popular. "If you love someone, set them free, if they come back they're yours; if they don't they never were - Richard Bach"

Sememangnya cinta itu pelik kan? hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))