Aktviti Membaca!

Rabu, 15 Julai 2009

Mencari Cinta


JUDUL: MENCARI CINTA
PENULIS: LEEYA MYRA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD


~ Rasaku… ~

Masa pegang buku ni semangat dah berkobar-kobar, after this I should know what love is… tapi, bila dah habis baca, aku rasa makin keliru pula hihihi cinta, apa maknanya?

Cerita pasal Annessa (Ann). Episod Ann dalam mencari cinta hatinya sendiri. Aku suka baca puisi di permulaan cerita ni. Sangat menyentuh jiwa, aku rasa amat terkesan. Syabas penulis!

Ann seorang gadis yang biasa-biasa aku kira kalau mengikut tulisan ni. Namun dia punya aura yang kuat hinggakan dicintai 3 lelaki sekali gus. Dasyat sungguh penangan Ann ni ye. Rizman, teman sewaktu zaman persekolahan cuba mengintai peluang. Kemunculan Faris yang jatuh cinta pandang pertama dengan Ann. Sangat seronok baca kisah si Faris yang jatuh hati sebab selalu terserempak dengan Ann masa naik tren hahaha

Watak Ilham, lelaki pujaan Ann sejak dia berumur 16 tahun. Lelaki yang sebenarnya ditunggu oleh Ann. Aku tak tahu apa yang didambakan oleh Ann ni. Walau pada mulanya dia tak begitu kisahkan Ilham, tapi hatinya menjerit-jerit suka kan Ilham. Oh ya, ada watak Sofia yang merupakan teman baik Ann. Dia juga merupakan isteri Ilham. Tak sangka Ilham dah berkahwin tapi kepulangan Ilham dari Jepun adalah untuk melepaskan Sofia. Means divorce… time ni aku terasa Ilham bukanlah lelaki yang sesuai untuk dipuja.

Cinta itu duri. Cinta itu duka. Sofia terkorban dalam kemalangan. Ilham datang kembali merayu kasihnya. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Itulah yang telah dilakukan oleh Ann. Bagi Ann, soal cinta bukan sekadar hitam atau putih. Tidak juga betul atau salah. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi mimpi itu juga yang dikejarnya. Adilkah Ann mengejar mimpi andai dirinya sudah menyambut huluran pinangan Faris?

Di penghujung cerita ini ada sesuatu yang manis untuk dikenang. Ending yang aku kira adalah satu permulaan cinta yang sebenar. Baik pada Ann atau Faris, Ilham, Rizman… cinta sememangnya sesuatu yang di luar batasan logik fikiran.

Oh ya, thanks pada temanku, Cik Siti yang menghadiahkan novel ni untukku. Erm, ada makna ya? hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))