Aktviti Membaca!

Selasa, 14 Oktober 2014

Ini Buku Seram



Ini Buku Seram
Resmanshah

ISBN: 9789674060831
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Tarikh Terbit: -
Halaman: -
Harga: -

~ Rasaku… ~


2.5*

Ceritanya tak se-seram yang aku harapkan. Tapi tidaklah mengecewakan. Cuma ya, tengah seronok baca tetiba aku 'dipatahkan' dengan rasa yang tak tahu sama ada mahu ketawa atau senyum.

Heh.
Ini buku seram katanya. Tapi, sayang dalam 11 koleksi cerpen seramnya, satu pun tidak melekat dalam hati.

Kredit pada penulis yang punya stail menulisnya yang tersendiri. Sekurang-kurangnya itu penyebab buat aku masih setia membacanya hingga ke halaman yang terakhir.

Happy reading (^-<)

MF2014: Antologi Cerpen Ebook Fixi

MF2014: Antologi Cerpen Ebook Fixi
Adib Zaini, Anuar Shah, Dayang Noor, Faizal Sulaiman, Julie Anne, Khairi Mohd, Lokman Hakim, Nadia Khan, Saat Omar, Syaihan Syafiq, M. Faiz Syahmi

ISBN: 9789670750231
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: September 2014
Halaman: 113
Harga: -

~ Rasaku… ~

Sinikal.
Sarkastik.
Yang boleh menyakitkan hati seseorang.
Yang boleh menyebabkan sel-sel otak mula berhubung hahaha

Kalau mahu kisah cinta.
Ini. Bukan. Untuk. Kamu.
Tapi, kalau korang cari kisah yang fresh, makan dalam punya. Ha, sila-sila pilih e-book ni sebagai bahan bacaan terbaru. Nipis je. Kalau jenis yang baca non-stop rasanya sehari pun boleh habis, entah-entah sejam.

Yang mudah, kisah ni akan buat kau tergelak sumbing sambil tahan rasa pedih. Lagi-lagi bila ada nama Zil Faezrul Razin. What? Hahaha... sinis? Tapi aku suka. Kudos!

Hadiah hari jadi buat Malaysia.
Percuma saja. Sila download untuk bacaan lanjut.

Happy reading (^-<)