Aktviti Membaca!

Khamis, 10 Julai 2014

5 Tahun lah!

Semalam | 9/07/14.
Masuk tahun ke-5!

Like, seriously? hahaha... [aku baru perasan, aku tak buat any post untuk birthday GA tahun lepas].

Alhamdulillah... alhamdulillah.
Dalam kesibukan, kejap-ada-kejap-hilang di blog GA ni tak sangka dah 'besar' rupanya. Tahun depan dah boleh masuk tadika *wink*

Terima kasih kerana ada yang menjengah ke mari. Terima kasih atas komen, kritikan dan cadangan anda. Terima kasih kerana membantu aku kekal 'berdiri' :))

Ps: Berminat dengan Gold Bar? Murah weiii... murah. Sila ke link ni!

Khamis, 3 Julai 2014

Bagaikan Puteri



Bagaikan Puteri
Ramlee Awang Murshid

ISBN: 9831242149
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan Ke-6 2008
Halaman: 560
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

‘Sebagai manusia..aku sayang padamu’ [pg 565]

Dalam buku pertama ni diulang 2 kali..ewah! Ewah!
Kenyataan:- aku memang sokong Ratna tanpa berpaling hahaha ;P

Full review: 02/07/2014

Misi untuk ulang baca sebab kemunculan prequelnya. Kebetulan, di GR aku masih belum update bukunya selain Sunan Musafir. Jadi apa salahnya aku mencapai naskhah ini semula ;))

Hasilnya -- perasaan yang sama, untuk kesekian kalinya. RAM dan Laksamana Sunan memang ‘serasi’ bersama. Tolak si ‘puteri’ Haryani, aku memang suka sangat dengan naskhah pengenalan si laksamana ini hikhikhik.

Saifudin yang biasa-biasa. Membawa diri dek kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, dia merantau nun jauh ke Aceh. Siapa tahu takdir membentuk dia yang biasa-biasa menjadi si Laksamana Sunan; pahlawan terbilang di bawah asuhan Wali Sufi.

Haryani. Si koma yang terlontar ke kurun ke-15, menumpang nama Gusti Putri Retno Dumilah, bertemu si Sunan yang menyelamatkannya. Dan, di situlah, cintanya jatuh pada lelaki yang tinggi budi pekertinya.

Dani. Hai! Boleh tahan juga kata-kata pujukannya. Maklumlah, keponakan Sunan juga melalui abangnya; Megat. Sedikit petikan rayuan Dani dalam usahanya memujuk Haryani:-

‘Haryani... bernafaslah atas nama Tuhanmu yang Maha Agung. Pulanglah... kami menanti kepulanganmu ke pangkuan kami semua. Bernafaslah atas nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.’ [pg 255]

‘Aku cintakan kamu, Haryani. Bangunlah... walau kau tak mengenali aku.’ [pg 256]

Jadi, ini kisah cinta uda dan dara lah? Oh, tidak! Cinta Sunan hanya untuk Ratna hahaha [Tetiba! Campur tangan si tukang komen]. Tapi, memang naskhahnya terselit hal cinta ini, apatah lagi Haryani digambarkan secantik tuan puteri. Malah, Djailuh; sahabat rapat Sunan sendiri sudah terpaut pada Haryani.

Cuma, dimensi masa tidak memungkinkannya. Di abad 21, Haryani yang koma dirintih pilu, diharap nyawanya kembali seperti sedia kala. Dan, di sisi Sunan, Haryani dirasuk iblis durjana. Apa pengakhiran Haryani? Kembali ke zaman asal atau setia di sisi Sunan yang dicinta dalam diam? Jeng jeng jeng...

Edisi pengenalan yang menimbulkan rasa ingin tahu dan mahu lagi. Ditambah pula dengan kemunculan sang Ratu Sulaman di penghujungnya. Ada sesuatu yang tak beres, kan? Oh, ya! Edisi pengenalan inilah yang membuatkan ramai yang jatuh hati dengan karakter Sunan *wink*

Dan ya, kalau dah berniat nak membaca siri Sunan, jangan lupa bersedia untuk sama-sama bermain lompat-lompat-lari-sembunyi-relung-masa. Itu ‘magis’ kebiasaannya, dan, aku kira itu kelebihan RAM.

Happy reading (^-<)