Aktviti Membaca!

Khamis, 27 Oktober 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (40) Grrr... Geramnya!

Grrr… Geramnya!
Feeza


ISBN: 9789675118661
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Ogos 2011
Halaman: 527
Harga: RM 21



~ Rasaku… ~

Tak sangka pula dengan sikap geram boleh dijadikan penggerak utama dalam sesebuah cerita. Nothing is impossible right? hehe2 Buah tangan pertama penulis baru ini membawa dimensi yang lain kepada para pembacanya. Sedikit lari daripada cerita cinta yang berlambak di pasaran, jadi pada mereka yang inginkan sesuatu yang santai boleh cuba membaca novel ini.

Sheila [Ila] mungkin gadis biasa. Workaholic, pandai cari duit, hormat pada ibu bapa tetapi ada satu masalah. Dia cepat marah, mudah geram. Tak salah kalau dikatakan yang marah dan geram itu umpama teman akrabnya. Salah sikit pun boleh mendatangkan amarahnya. Bahaya!

Disebabkan rasa marah dan geramnya dia buat keputusan melulu. Misalnya ketika kenaikan gajinya yang kurang 5% daripada kakitangan lain dan dia tidak dipilih untuk mengikuti kursus di Taiwan, dia tak senang duduk. Gagal mengawal rasa geramnya, dia menulis surat berhenti kerja. Datang pula si penyibuk Chan, terus saja Chan berikan suratnya kepada majikan. Malu untuk berpatah balik, Ila meneruskan jua langkahnya walaupun ada rasa terkilan.

Mungkin dengan adanya sedikit pun sikap sabar, Ila pastinya tak perlu bertindak sedemikian. Tetapi apakan daya, dah terlajak perahu. Cerita selanjutnya juga berkisar tentang Ila dan geramnya. Melalui daripada satu temuduga ke satu temuduga, bertemu teman-temannya, menghabiskan masa 'cuti'nya, ada saja episod Ila dengan marah dan geramnya. Nampaknya memang Ila gagal dalam mengawal rasanya yang satu itu.

Nak tahu kesudahan Ila dan geramnya? Kena bacalah. Lagipun pasti nak tahu samada Ila berjaya mendapatkan kerja yang lain atau tidak.

Cerita yang diolah melalui kata ganti 'aku' ini memang mudah saja dihadam. Dan aku tertarik dengan satu bahagian di mana mak Ila yang meminta Ila menuliskan list kesemua ahli keluarga yang pulang menziarahi Pak Longnya. Kemudian maknya meminta Ila mengirimkan pada abang dan kakaknya yang gagal pulang. Cara baik untuk mengingati anak sendiri. Tak perlu marah-marah atau membebel. Baguskan mak Ila tu?

Cerita ini memang ringan dan santai. Tetapi ada juga nasihat yang terselit. Mengajak anda berfikir semula. Marah dan geram, berapa dekatkah anda dengan 'mereka'?

Senyum. Jangan marah-marah ok! :D

Happy reading (^-<)

Selasa, 25 Oktober 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (39) Nuansa Kota Merah

Nuansa Kota Merah
Khairyn Othman

ISBN: 9789675118623
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Jun 2011

Halaman: 511
Harga: RM 20


~ Rasaku… ~

Seperti mengembara ke tanah Andalusia. Ya, memang ini satu pengembaraan. Bersama-sama penulis mengenali erti makna pejuang. Kagum kerana semangat penulis yang mahukan para pembacanya turut mengenali erti 'pejuang' yang sebenarnya wujud dalam diri kita.

Kisah Dina pada awalnya agak tipikal. Kisah si gadis bebas bersosial yang kemudiannya mengalami rasa rusuh dalam jiwa setelah pemergian neneknya. Dina didatangi mimpi aneh berulang kali menyebabkan dia mula rasa tak tenteram. Bersama-sama temannya; Najihah mereka merancang percutian ke Sepanyol dan di sini, persepsi Dina tentang hidup mula berubah.

Dina bertemu dengan Aaron yang tiba-tiba menjadi 'pemandu pelancong'nya kerana kenalan mereka, Joaquin ditimpa kemalangan. Najihah pula yang sudah jatuh hati pada Joaquin memutuskan untuk menjaga si buah hati. Tinggallah Dina dengan Aaron yang 'sombong' dan 'menjengkelkan'.

Tiada pilihan, Dina mengikut saja pelan Aaron yang membawanya ke Granada. Di situ, Dina berkenalan dengan seluruh ahli keluarga Aaron. Tanpa disangka, Dina bertemu Miguel, adik Aaron yang seiras wajah lelaki dalam mimpinya. Dia juga dikejutkan dengan potret seorang wanita yang saling tak tumpah seperti raut wajahnya.

Apa erti kesemuanya ini? Apakah benar mimpi aneh dan keluarga Aaron itu bukanlah satu kebetulan? Siapa diri Dina sebenarnya dan kaitannya dengan potret wanita itu? Nak tahu? Apa tunggu lagi, cepat cari novel ini :D

Kekuatan cerita ini pastinya pada plotnya yang begitu smooth. Teratur daripada perjalanan Dina hingga menemui Aaron, kisah perjuangan dan cinta Salma-Shuaib hinggalah pertemuan ringkas Dina dan Aaron di bumi Mukarramah, kesemuanya dijalin dengan baik hingga terasa aku ini seperti bayang-bayang si Dina. Cuma sedikit terganggu dengan kesalahan minor seperti “Granada” yang sepatutnya Gharnatah di halaman 312 & 313, dan “Sarah” yang sepatutnya Salma di muka surat 204 & 465. Siapa Sarah? Adakah KO teringat-ingat Sarah dalam Dame Zoete Sarah? :P

Oh, ya! Seperti novel KO terdahulu, jangan harap ada kisah cinta uda dan dara ya. Tiada. Cuma yalah, terselit juga kata-kata yang bisa mencairkan hati si dara yang keras. Misalnya ini:-

selamat beradu, mujahidahku [page 489]

perrgghhhhhhhhh....... hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Jumaat, 14 Oktober 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (38) Happiness Now

Happiness Now
Andrew Matthews

ISBN: 9780975764275
Penerbit: SeaShell Publishers
Tarikh Terbit: 8th reprint April 2010
Halaman: ~ 124
Harga: RM 48



~ Rasaku… ~

Semua orang berhak bahagia dan gembira. Seboleh-bolehnya peluang yang ada ini ingin digunakan sebaik-baiknya untuk meraih bahagia dan menikmati kegembiraan. Kita boleh bahagia dan gembira dengan cara kita sendiri. Namun, beringatlah yang kegembiraan dan kebahagiaan yang kita lalui itu tidak berpunca daripada kesengsaraan orang lain.

Dalam buku ini banyak memberikan kita panduan tentang bagaimana hendak mencapai kebahagiaan dan kegembiraan secara jujur melalui usaha sendiri. Tak dapat dinafikan yang mencipta kebahagiaan bukanlah mudah tetapi ia boleh dimulakan. Mulakan dengan membahagiakan diri sendiri dahulu. Umpamanya:

The first trick to happiness – and success – is to appreciate what we’ve already got [page 119]

Ya, untuk mencari kebahagiaan bukanlah mengangankan yang kita ini begini, kita ini begitu. Apa yang lebih penting menghargai apa yang kita ada. Ada masanya less is more. Tak perlu jadi kaya untuk bahagia. Tak perlu cantik untuk rasa gembira. Yang lebih penting adalah menenangkan hati sendiri dengan memberi santapan spiritual dan rohani. Carilah peace of mind dalam diri, moga kebahagiaan anda akan lebih berpanjangan. Syukur itu asasnya!

Buku ini penuh dengan kata-kata semangat dan dorongan yang bisa membangkitkan semangat yang hampir lumpuh. Jika sedang sedih, buku ini memberi pilihan untuk menangani kesedihan tersebut. Jika dikhianati, ada kata-kata penulis yang mampu membuatkan kita redha terhadap pengkhianatan tersebut. Jika kita terlalu gembira, bagaimana hendak handle kegembiraan tersebut dengan cara yang betul.

Ayat-ayatnya pendek namun bermakna. Mudah, ringkas tetapi inspiratif. Susunan ayat pun amat mudah difahami. Mereka yang hanya mengetahui basic English pun boleh memahaminya. Yang penting, hampir kesemua isi buku boleh kita jadikan panduan. Sesuaikan saja dengan budaya dan agama kita, nescaya banyak faedahnya.

Hasil penulisan Andrew Matthews sudah diterjemah dalam 33 bahasa dan bukunya menjadi bestseller di 60 negara. Jadi, jenguk-jenguklah buku beliau jika anda berkesempatan ‘melawat’ kedai buku.

Orang kata bahagia itu macam rama-rama. Lagi dikejar, lagi jauh ia terbang. Lagi diinginkan, lagi jauh daripada genggaman. Betul ke? Walau apa pun pilihan ada di tangan anda.

Everything you do matters!
Happiness is a daily decision
[page 121]

Ps: Credit to Kak Ti atas kiriman ini :))

Happy reading (^-<)

Selasa, 4 Oktober 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (37) Di Bawah Pohon Hawthorn


Di Bawah Pohon Hawthorn
Marita Conlon-Mckenna
Penterjemah: Ramlah Muhamad

ISBN: 9789834606251
Penerbit: The O’Brien Press Ltd. Karya Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka
Tarikh Terbit: 1990 & Cetakan Pertama 2010 [DBP]
Halaman: ~ 208
Harga: RM14


~ Rasaku… ~

Membaca kisah tiga beradik ini begitu mengesankan. Entah bagaimana mereka menghadapi hari-hari yang berlaku dengan penuh ketabahan, sedangkan kanak-kanak seusia mereka ketika ini sedang enak bersenang-lenang menghadap televisyen dan internet. Ironis.

Kisah pengembaraan Elly, Michael dan Peggy adalah kisah hidup yang sebenar di zaman kebuluran di Ireland yang berlaku pada akhir 1880-an. Kebuluran yang teramat teruk hingga memusnahkan hampir keseluruhan penduduk Ireland khususnya.

Kembara tiga beradik ini bermula di saat penantian kepulangan ayah dan ibunya bagaikan sudah tiba di noktahnya. Keyakinan bahawa kedua-dua orang tuanya akan pulang beransur-ansur hilang. Apatah lagi ketika itu mereka telah disuruh untuk berpindah ke rumah perlindungan. Elly tak mahu berpisah dengan adik-adiknya. Akhirnya dia tekad untuk melarikan diri, membawa pergi Michael dan Peggy jauh daripada rumah mereka. Cuba menjejaki nenek-nenek saudara mereka yang hanya diketahui ceritanya melalui ibu mereka.

Entah di mana semangat juang mereka itu hadir. Tetapi ia bagaikan penyuluh kepada tiga beradik ini untuk terus berjuang menempuh perjalanan yang jauh dan sukar. Menyelusuri langkah-langkah mereka, aku sendiri terfikir bagaimana agaknya jika aku di tempat mereka. Seandai hidup dilanda badai, seandai hati dirundum malang, cukup kuatkah untuk menghadapi segala-galanya? Entah aku nanti bisa bangkit kembali atau tidak?

Cerita ini memang wajar [baca: wajib] dibaca oleh anak-anak muda kini supaya mereka tahu erti kesyukuran. Kita hidup di Malaysia dengan penuh rukun dan damai. Tidak menghadapi saat-saat sukar seperti tiga beradik ini. Wajarlah kita mensyukuri nikmat yang Tuhan pinjamkan kepada kita.

Tuhan ada caranya sendiri mengatur hidup kita dan tak tahulah kenapa hidup ini begitu sukar. Kita kenalah berusaha yang terbaik dengan apa yang kita ada, menyayangi satu sama lain dan meneruskan hidup ini [page 42]

Dan itulah hakikat kehidupan ini. Kita diuji dengan pilihan. Berusaha dan kemudian bertawakal. Tiada yang lebih berkuasa daripada-Nya. Yakin dan redha. Dia tak akan menghampakan hamba-hamba-Nya. Percayalah.

Ps: Book swapping with Pei Pan. Thanks dear :D

Happy reading (^-<)