| Iklan |

Aku jarang ada di blog. Boleh klik GA untuk progress membacaku.

Ada jual buku terpakai. Klik sini untuk lihat. Macehh.. :))

Rabu, 28 November 2012

Karnival Buku Online



Aku dapat infonya dua hari lepas daripada peti email. Terlupa nak tepek sini haha5 Maklumat lanjut, sila klik sini.

So... happy shopping peeps~

Sebelum terlupa. Aku bagi kredit pada Kak Adah untuk karya amalnya.


Kita ada pelbagai cara untuk bantu kan? ;))

Happy reading (^-<)

Tulis Cinta Dalam Hati

Tulis Cinta Dalam Hati
Salina Ibrahim

ISBN: 9789675783920
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 7 Jun 2011
Halaman: 272
Harga: RM17

~ Rasaku… ~

Buku ni aku capai masa PBAKL lalu. Waktu tu tengah belek-belek buku saudara Fadhli Hamdan dan bila terpandang saja nama penulisnya terus capai. Lagipun kulit bukunya memang teramat manis.

Ini kali kedua aku baca karya penulis ini dan untuk kali keduanya aku masih mengagumi beliau. Walaupun tajuknya agak cintan tetapi sebenarnya bukan kisah cinta uda dara yang dipaparkan. Ini kisah si Mai yang sedang mencari cintanya. Cinta yang dirasakan tak pernah ada dalam hatinya. Mai ingin sekali mengasihi dan mencintai ahli keluarganya tetapi kenapa hatinya kosong?

Mai rasa dipinggirkan walau hakikatnya dia ada tiga orang ibu dan tiga orang ayah. Dia ada Mak dan Bak. Dia ada Umi & Abah; pakcik dan makcik saudaranya yang mengasuhnya semenjak kecil setelah Umi ketika itu sukar untuk mendapatkan anak. Namun jodoh Umi dan Abah tak panjang. Dan di sini muncullah Makcik Nita dan Pakcik Yusman.

Bila aku 'menjadi' Mai... aku rasa dia seorang yang agak pathetic. Namun bila dibuka kisahnya sedikit demi sedikit barulah aku mengerti kenapa dia sebegitu. Hati Mai sunyi. Dia tak betah bila kehadiran Pakcik Yusman bagaikan menjarakkan hubungannya dengan Umi. Dia juga tak senang bila perlu pulang ke rumah Mak dan Bak. Dia rasa tidak diperlukan. Dia bagaikan adik tiri sedangkan dia anak kandung Mak dan Bak.

Mujur ada yang selalu memberi kata-kata nasihat. Perangsang buat Mai berfikir lebih matang. Seperti ini:-

Kita tidak boleh memilih adik-beradik. Adik-beradik itu didatangkan kepada kita dengan segala macam perangai dan seribu satu karenah. Kita terima mereka seadanya. Kita jangan buat musuh dengan mereka. Mereka didatangkan kepada kita bagi lengkap-melengkapi satu sama lain. Mereka adalah pelengkap kita [page 265]

Sebenarnya cinta itu ada dalam hati kita. Tak perlu dilukis-lukis. Cuma sekarang ni, anak muda selalu sangat melihat si cinta hati perkara utama. Sayang hingga lupa siapa sebenarnya cinta yang lebih utama *wink*

Saya sedang berusaha menulis kata ‘cinta’ dalam diari hati saya. Mampukah saya? [blurb novel]

Jadi agak-agak 'cinta' dalam hati kamu masih ada atau sudah pergi?

Senyum. Indah.

Happy reading (^-<)

Isnin, 26 November 2012

Legasi Pejuang

Legasi Pejuang
Arman Jazee

ISBN: 9789831248058 
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Julai 2012
Halaman: 586
Harga: RM23

~ Rasaku… ~

Syed Kairi pada mulanya hanya seorang penghantar surat. Kerja dan hidupnya mudah sangat tetapi siapa tahu takdir membawanya jauh dari Malaysia. Semuanya bermula pada hari dia ditugaskan menghantar bungkusan ke sebuah bank. Dia terperangkap dalam satu rompakan bank. Lebih mengejutkan dia dijadikan tebusan oleh ketua perompak itu dan dilarikan ke luar negara. Dan saat itu semuanya berubah.

Dia diberi nama baru – Muaz. Lelaki pejuang anti-Zionis, pembela mereka yang lemah. Dilatih oleh ketua perompak itu sendiri; Sheikh Mahdi untuk menjadi seorang pejuang agama Islam di bawah nama Gerakan Hihad Ulislam. Muaz diangkat daripada seorang yang tidak tahu apa-apa kepada pejuang yang terunggul di bawah pimpinan Sheikh Mahdi. Dari perang saudara di Somalia, konflik di Bosnia hinggalah kepada peristiwa kebangkitan rakyat Palestin menentang kezaliman rejim Zionis, Muaz merupakan antara orang terpenting! Kerana kehebatannya dia menjadi individu paling dikehendaki oleh agensi perisikan Israel, Mossad dan CIA.

Di sebalik aksi-aksi pertempuran dan perjuangan, nyata penulis tak lupa pada Muaz yang biasa-biasa itu. Penulis membawa kita mengenal Maria; gadis yang dibantu Muaz di Bosnia. Eh, ada kisah cinta juga yang terselit! *wink*

Begitu juga dengan kehadiran si pakar senjata api - Khalib Razim; rakan seperjuangan Muaz. Khalib yang kepala angin dan pemarah orangnya. Khalib yang buat aku rasa nak ketuk-ketuk je dia ni sebab rasa dengkinya pada Muaz tetapi bila di akhirnya aku sangat-sangat mengagumi Khalib. Dia yang tercedera kerana serangan tentera Serbia, sanggup mengorbankan dirinya agar Muaz dan 2 orang Ahli Kongres Bosnia dapat lepaskan diri. Ya Allah! Ini sahabat yang kita cari!

Aku suka isi cerita novel ini. Mengangkat seorang insan biasa menjadi luar biasa. Bayangkan saja kita sendiri yang suka memperlekehkan mereka di bawah kita dan bila masa berlalu lihat saja. Si dia yang diperlekehkan, si dia yang tiada apa-apa itu akhirnya menjadi seorang pejuang kebenaran yang terhebat. Masa hadapan bukan di tangan kita. Jangan mudah bangga dengan apa yang kita miliki. Saat Ilahi mahu menariknya, nah! Terduduk kita kan?

Dan aku juga suka bila isu keberanian menjadi pejuang yang dititipkan. Apakah kerana rasa kemanusiaan, tanggungjawab atau pun ianya sebenarnya kewajipan kita sebagai orang Islam?

Tetapi sedikit mengecewakan apabila berlaku kesalahan ejaan dan tatabahasa. Satu atau dua rasanya tak mengapa tetapi bila berlaku hampir setiap halaman, ianya buat aku rasa... alahai! Kelihatannya Alaf 21 bagai sudah tidak menitikberatkan hal ini. Jika dulu, payah nak jumpa masalah ejaan ini, tetapi sekarang novel-novel terbitan mereka bagai ada yang terlepas pandang [?].

Aku nantikan kesinambungan novel ini. Sebab rasanya tak mudah kan Muaz 'pergi' begitu saja. Kan? ;))

Happy reading (^-<)

Projek Memikat Suami

Projek Memikat Suami
Hanina Abdullah

ISBN: 9789671120828
Penerbit: Penulisan Enterprise
Tarikh Terbit: Ogos 2012
Halaman: 525
Harga: RM21

~ Rasaku… ~


Daring.
Delicious.
Hot.
Naughty.
Erk??? Apakah yang aku sampaikan ini? hahaha5 Ok mari 'bermain' dengan kata-kata... chewahhh!

Nawwal Husna [Nawwal] dan Zahrain Alimin [Zahrain]. Kedua-duanya dikahwinkan atas aturan keluarga. Indirectly, macam kisah kahwin paksa. Walaupun sebenarnya Nawwal boleh menolak, tetapi dia tak sampai hati sebab keadaan syarikat ayahnya ketika itu yang tak berapa stabil. Jadi diturutkan juga permintaan ummi dan babahnya. Lagipun ketika melihat profil Zahrain di internet, lelaki itu memang cukup pakej - kaya, handsome, ada pangkat. Kiranya memang tergoda sungguh lah ;))

Tetapi setelah bertemu empat mata dengan Zahrain. Aduh! Terus dia cop Zahrain si mamat ketul ais beku dan mat sentap [tu lepas berkahwin kih5]. Namun Nawwal bukannya gadis yang mudah putus asa. Ya, dia mungkin berkahwin dalam usia yang muda, tetapi di usianya itu dia perlu bekerja keras untuk menyaingi suaminya. Mujur ada Master-ji dan Side-kick; dua kakak Nawwal yang tak pernah berhenti memberikan nasihat dan petua untuk memikat sang suami.

Jadi apa petua yang diturunkan oleh kakak berduanya itu? Mudah saja, tawan si suami dengan budi pekerti yang baik. Kata-kata yang manis dan lemah-lembut. Jaga makan minum suami... hmm, dan pakai seksi-seksi sikit kat rumah hahaha5 Dan bila suami tu macam tak heran, ego setinggi gunung dan cakap kasar-kasar, kena kuatkan hati. Ala... lelaki! Senang je nak cair *wink* Eh! Tu bukan aku kata, anak-anak Haji Nuqman yang kata kih5 ;P

Sebenarnya ini kisah klise. Aku akui tetapi penulis berjaya membuai perasaan pembaca dengan scene yang tak terfikir oleh aku sendiri. Mungkin ia tak pernah diceritakan dalam budaya kita tetapi bila aku meletakkan diri aku sebagai isteri, rasanya memang itu lah kot kena buat. Nak memikat suami yang dah terang-terang tak suka kita kena lah kerja keras. Cuba sedaya upaya dan guna apa cara sekali pun. Mujur lah penulis tak guna resipi bomoh!

Aku suka bila penulis tak meletakkan perasaan benci sepenuh hati dalam diri isteri dan suaminya. Zahrain memang tak sukakan Nawwal tetapi dia tidak pula beria menolak Nawwal. Kalau ikutkan, dia sebenarnya sedang membuka peluang untuk diri sendiri dan Nawwal. Cuma masalahnya encik mat sentap ni memang spesis lelaki ego tak kena tempat ;P Dan terima kasih juga sebab tak buat novel ini kisah kahwin paksa berendam air mata *wink*

Satu benda yang aku tak suka [ada juga tu ;P]. Bila ada monolog, akan ada tanda pembuka/penutup kata [“”]  dan bila di hujung ayat baru ada 'detik hatiku', 'jeritnya dalam hati', bla bla.... Agak menganggu aku sebenarnya kerana mulanya dah terasa wataknya sedang berdialog tapi... hmm, aku rasa tertipu ok! Rasanya ada cara yang lebih baik untuk meletakkan monolog tu.

Walau bagaimanapun, novel ini masih tak sesuai untuk diusung oleh anak remaja. Mungkin aku kolot, tetapi itu lah aku hahaha5

Happy reading (^-<)

Selasa, 20 November 2012

Lazuardi

Lazuardi
Nasz

ISBN: 9789675118852 
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: September 2012
Halaman: 629
Harga: RM23

~ Rasaku… ~

Tajuk novel ini mengingatkan aku pada lagu Aurora oleh Estranged. Eh! Ada kaitan kah? kih5

Seperti di sinopsis buku, ini kisah Cinderella. Cuma Anaz tidak pula pernah bermimpi mahu menjadi Cinderella. Dia tak mahu menjadi beban pada orang lain. Dia mahukan hidup yang biasa-biasa bukannya sang putera kayangan yang memandikannya dengan jutaan harta benda.

Walaupun tidak diakui oleh ibunya sendiri, Anaz tidak pernah terdetik untuk membuang ibunya. Seperti si Cinderella, Anaz sememangnya gadis yang sedikit naif, baik hati dan ada masanya terlalu lurus. Dia rela disakiti berulang kali dan itu sedikit melelahkan buat aku yang rasa... “Ala... ce melawan sikit Anaz oi!” hahaha5

Mujur Anaz ada Odie, teman baik sejak kecil yang kebetulan duduk berjiran dengannya. Odie umpama gula-gula masam manis yang ada masanya cukup menyakitkan hati tetapi Odie tetap Odie. Dia sahabat yang paling memahami. Tetapi itu sebelum munculnya Ain; anak buah ibunya. Penulis memang berjaya mempotretkan watak Ain dengan jayanya. Si gadis yang kononnya innocent tetapi hati... aduh! Ain licik. Dia ada seribu satu muslihat sehinggakan Odie yang sebelum ini senantiasa menyebelahi Anaz sudah berpaling tadah!

Nasib baik ada watak sang bidadara - Shark. Walaupun namanya macam tak serupa angel kih5 Shark kawan baik adik lelaki Anaz dan merangkap so-called-boyfriend Lily. Dan kehadiran Shark dalam cerita ini memang agak sweet la. Dia yang muda tu boleh jatuh hati pada Anaz. Walaupun terdetik di hati yang senang-senang je keluarga Shark menerima keputusannya yang mahu berkahwin dalam usia baru mencecah 20 tahun. Tetapi gaya bahasa yang santai itu dah berjaya menutup rasa illogical aku tadi *wink*

Dan bila rahsia tentang siapa diri Anaz dibongkar, memang agak syahdu. Kasihan Anaz! Cuma satu lah, aku memang tak setuju dengan syarat Anaz untuk merahsiakan perkahwinannya. Benda yang baik seharusnya dihebahkan untuk mengelakkan dirinya dipandang lagi hina oleh ibu dan keluarga sendiri. Dan satu lagi, tetap tak puas hati dengan Ain... kih5 ;P

Tahniah Nasz untuk buah tangan terbaru. Nanti-nanti boleh sambung pasal Odie tak? ;))

Ps: Cita-citaku sekarang nak habiskan reviu yang berderet ini tapi tangan masih gatal menyambar buku baru. Waduh-waduh! Kok gitu? *wink*

Happy reading (^-<)

Teduhan Kasih

Teduhan Kasih
Marissa

ISBN: 9789670246222 
Penerbit: KaryaSeni Enterprise
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Mei 2012
Halaman: 575
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

Adam Ehsan [Adam], anak pertama yang amat dinanti-nantikan Iffa. Telah lama menunggu, dia pun dah tak larat menanggung rasa dipandang hina oleh keluarga Ryzal. Namun siapa tahu belum sempat berkongsi rasa, hatinya dicalar-calar. Ryzal rupanya dalam diam berhubung dengan Ayu; teman baik sendiri. Enam tahun menyulam cinta rupanya tak cukup untuk mengikat Ryzal menjadi suami setia.

Kecewanya hanya Tuhan yang tahu. Sakitnya benar-benar menghiris, tetapi kerana anak yang dikandung Iffa tegar. Dia perlu bangkit untuk anugerah yang terindah itu. Di saat melahirkan, takdir membawanya bertemu Ehsan. Lelaki itu umpama angel. Melindungi dan memeliharanya agar tidak terluka. Tanpa mengharapkan apa-apa balasan, Ehsan ternyata lelaki yang berjaya membuat Iffa kembali bahagia. Tapi... Apakah benar Ehsan lelaki yang baik?

Ehsan mengaku dia bukannya lelaki yang baik. Agak klise lah, anak orang kaya, punya rupa dan pangkat tetapi kaki perempuan. Tetapi bila bertemu seorang wanita yang sarat mengandung yang mahu melahirkan, hati Ehsan tergerak untuk membantu. Dan Iffa nyata bukan wanita yang sembarangan. Dengan Iffa, Ehsan mula mengerti rasa kasih sayang. Dengan Iffa, Ehsan mula mengenal fitrahnya sebagai hamba Tuhan.

Namun sukar juga untuk Ehsan mengorat Iffa haha5 Bukan kerana Iffa masih sayangkan bekas suaminya tetapi hati yang hancur berderai perlu masa untuk sembuh. Iffa sedang cuba melindungi diri daripada terpedaya lagi dengan janji seorang lelaki. Mujur ada Adam, si kecil penghubung rasa cinta antara mama dan papanya. Adam sememangnya ‘watak utama’ yang paling comel! *wink*

Dan kerana Adam jugalah, mereka berdua berkahwin. Ehsan kan sayang sangat dengan Adam, mana dia mahu lepaskan anaknya itu. Tetapi Iffa, sudah bersediakah menerima suami baru yang punya banyak kisah silam itu? Dan Ehsan, apakah benar hanya Adam sebabnya, bukan kerana sudah jatuh hati pada Iffa? Jeng jeng jeng... sila-sila baca sendiri ;))

Aku tak punya banyak masalah menghadam karya ini. Ia cerita yang santai walaupun agak berat sebenarnya - kisah si isteri yang ditinggalkan, suami yang curang dan sahabat yang sebenarnya gunting dalam lipatan. Cuma rasanya ia tak sesuai untuk anak remaja sebab ia cerita suami isteri. Walaupun taklah terlalu expose, tetapi eloklah beringat ;))

Oh! Nak beritahu tentang ini. Mungkin ada kesilapan kot di bahagian Iffa yang sedang uzur tetapi boleh solat. Nak kata plot berbeza, rasanya dalam satu bab je tu. Dan sedikit keliru tentang watak Sofea. Gadis tu adik tiri Iffa atau sepupu rapat Ryzal? Atau mungkin kah nama sama jadi aku yang keliru *rolledeyes*

Hujan rintik-rintik, air bergelombang. Adam sangat cantik papa sangat sayang. Hujan rintik-rintik, tumbuh daun lalang. Mama sangat cantik...papa sangat sayang... [page 90]

Well...well, mana ada hati perempuan tak terbuai ye tak? kih5 ;P

Happy reading (^-<)

Jumaat, 16 November 2012

Takdir. Cahaya Yang Tidak Terpadam

Takdir. Cahaya Yang Tidak Terpadam
Hilal Asyraf

ISBN: 9789830972862
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd 
Tarikh Terbit: 2011
Halaman: 533
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

Selepas Hero, aku memang tercari-cari buah tangan penulis ni. Bukan apa, kerana encik penulis berjaya buat turning point untuk aku melihat dan menghayati karya islamik. Dan ternyata penulis masih berjaya mengekalkan rasa teruja aku dengan novel ini.

Ini bukan sebarang pengembaraan. Ia kisah pengembaraan seorang pemuda bernama Angkasa Sakti dalam membebaskan dunia yang ketika itu berada dalam kegelapan dikuasai oleh Kerajaan Utopia. Diketuai oleh  Sang Asura dan Lima Jeneralnya; masing-masing kejam dan zalim. Menghimpit dan menindas. Taksub dengan kekuasaan dan kemenangan. Meninggalkan mereka yang berpandukan Al Quran ke ruang yang kelam dan tandus. Mereka tak mahu sesiapa pun kembali pada Islam. Dan jika ada, semuanya harus dibunuh. MasyaAllah!

Kerajaan Tanah Haram dan Kota Hijau Chinmayi adalah dua kerajaan yang masih lagi mampu bertahan. Kedua-duanya masih kuat menentang kuasa Sang Asura kerana percaya;

Walaupun kegelapan menyelimuti dunia, cahaya Ilahi tetap akan terus menyala [blurb novel]

Dalam pengembaraannya, Angkasa bertemu dengan ramai pahlawan hebat. Antaranya; Izrayel Junjaki atau dikenali dengan Pendekar Berdosa. Yang berlawan dengan pedangnya yang tumpul tetapi berjaya membunuh ke semua mangsanya. Aku memang suka watak si Pendekar Berdosa ni *wink* Begitu juga dengan watak anak kecil bernama Ezakiel yang dianugerahkan kelebihan mencairkan Orihalcoln, logam terkeras di bumi. Kedua-dua watak ini yang pada mulanya menolak agama Langit namun akhirnya tunduk jua pada Ilahi. Benar, kuasa Allah tiada tolok bandingnya.

Menilik semangat Angkasa, aku rasa macam tengah tengok cerita Naruto pula. Yalah, kedua-duanya bagai tak tahu kekuatan sebenar yang disimpan. Apatah lagi bila Angkasa belajar mempraktikkan seni yang menggunakan tenaga di sekeliling. Ala... kalau korang tengok si Naruto tu... kan  ada form chakra terdiri daripada pelbagai jenis chakra - angin, api, tanah, kilat dan air. Ha, sama lah tu ;))

Sebenarnya banyak lagi watak-watak hebat Islamik yang penulis tonjolkan. Ada Ruh Faizan, Aizan Fahmi, Arnav, Ashoka, Khalid Al-Walid dan lain-lain lagi. Dan kalau aku huraikan satu per satu mungkin panjang berjela resensi ni. Jadi aku cadangkan cari saja novel ini. Lihat sama ada kau akan terkesan atau tidak *wink*

Walaupun fiksyen, tetapi penulis berjaya meyakinkan aku yang ianya seperti benar-benar terjadi. Mungkin kerana ianya umpama karya epik Islamik yang disulami dengan konsep tarbiahnya. Lancar dan menarik dengan aksi dan drama juga sedikit cinta di hujung-hujungnya. Aku juga suka pengakhirannya dan difahamkan akan ada sambungannya lagi. Well, just awesome!

Percayalah hidup ini tidak akan lepas daripada ujian. Jika bukan ujian yang zahir seperti hari ini, pasti akan datang ujian yang tersembunyi. Jika bukan ujian yang sukar seperti hari ini, mungkin akan ada ujian yang lebih sukar menanti [page 305]

Senyum. Dan itu mengingatkan aku pada ini:-

Percaya. Tuhan selalu punya rahsiaFaisal Tehrani

Happy reading (^-<)

Rabu, 14 November 2012

Festival Penulis & Pembaca Kuala Lumpur

Mari aku kongsikan sesuatu. Aku tak berapa perasan sebenarnya akan festival ni. Macam ada baca tapi macam tak kisah tetapi kebetulan berborak dengan salah seorang penulis Fixi. Barulah aku tahu... Oh! This week babe!

Katanya ada diskaun kalau beli buku Fixi. Ada penulis-penulis daripada Sindiket Sol-Jah, Lejen Press, Terfaktab dan banyak lagi. Aku sebut penerbit yang aku suka saja hahaha5 Tak silap ada T-shirt istimewa tapi rasanya aku lebih rela habiskan duit untuk buku kih5

Festival ni lebih glamour disebut KLWRF...Phewittt! Mari ramai-ramai meriahkannya ;))


Maklumat lanjut: Sindiket Sol-Jah


Happy reading (^-<)

Jumaat, 9 November 2012

GA Quotes 5

Teruskanlah tersenyum walau hatimu dicarik seribu.
Kau tak kan apa-apa.
Tuhan kan ada ;))

- GA, PJ. 2012
Happy reading (^-<)

Khamis, 8 November 2012

Ingin Berkasih Lagi

Ingin Berkasih Lagi
Damya Hanna

ISBN: 9789831247655 
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Mac 2012
Halaman: 640
Harga: RM25

~ Rasaku… ~

Lama rasanya aku tak baca karya penulis prolifik Alaf 21; Damya Hanna. Yang terakhir rasanya Ternyata Cinta, tu pun tiga-empat tahun sudah kot. Lamanya! *wink*

Ok, mari kita mulakan. IBL kisah si Isyatul [Isya], gadis lewat 30an yang masih bujang. Bukannya tidak pernah jatuh cinta tetapi ada sejarah yang melukakan. Amrin atau Burn, lelaki pertama yang mengisi hatinya. Tetapi itu dulu ketika dia masih anak remaja. Hubungan mereka nampak mudah dan bahagia tetapi apabila Amrin membawa rombongan merisik, berlaku lah episod hitam yang membayangi langkah Isya.

Ayah Isya benar-benar malu. Hmm, aku tak pasti rasional apa si ayah yang malu bila anaknya yang masih belajar di universiti sudah dipinang. Ok, kalau malu atau terhina sekali pun kenapa anak pula didendami bertahun-tahun. Dan kerana itu lah aku rasa kasihan sungguh dengan Isya ni. Anak bongsu patutnya dimanja-manja, sudahnya dibuang-buang saja lagaknya. Apatah lagi ayahnya suka benar membeza-bezakan dia dengan angahnya. Memang tertekan rasanya sedangkan angah yang kononnya ada kerjaya bagus tu selalu juga datang meminjam duit Isya.

Isya ni ada masanya nampak tabah tetapi banyaknya dia macam lost in space. Perasaan syak wasangka penuh di dada. Entah apa yang difikirnya, orang nak tolong pun dianggap orang jahat. Kasihan Najwan! Tetapi hero ni boleh berlagak tenang dan selamba. Yeah! Bagus. Dapat mengimbangi watak Isya yang seakan hilang punca tu. Apa yang aku suka lagi tentang Najwan apabila dia tidak begitu terdesak. Sabar saja bila dilayan enteng oleh Isya. Sabar sungguh.

Kemunculan Amrin di tempat kerja Isya membuatkan Isya dilanda gelisah. Dia keliru. Amrin kembali mengejar cintanya, cuba membuka rahsia hati yang dipendam selama ini. Isya tak mahu berkasih lagi dengan Amrin kerana sudah terang lagi bersuluh yang Amrin sudah ada penggantinya; Julia. Tetapi Amrin ni pula jenis lelaki yang tak reti bahasa. Sudah dikata tak nak, masih lagi mahu mencuba. Dia tahu tiada lelaki lain selainnya dalam hati Isya. Wah! Yakinnya.

Isya penat berlari. Lari daripada kenyataan dan perasaan yang keliru. Hati kadang-kadang terkenangkan Amrin tetapi dalam masa yang sama kehadiran Najwan turut mencuit jiwanya. Jadi Isya, kamu mahu pilih yang mana? Cinta lama atau cinta baru?

Ikutkan aku letakkan 3.5 tetapi aku genapkan je. Senang. Mungkin sebab ia kisah gadis yang belum berkahwin. Jadi terasa dekat di hati. Cewahhh *abaikan*

Ps: Baca dan terus baca, akhirnya baru aku sedar ada hutang review yang berderet. Pheww... *malas* ;P

Happy reading (^-<)

Rabu, 7 November 2012

Murtad

Murtad
Hasrul Rizwan

ISBN: 9789670374123
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Jun 2012
Halaman: 323
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

“Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?”
“Ya”
“Nakharrom.”
“Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang murtad.” [blurb novel]

Bagaimana? Ada berani? hahaha5 Aku rasa salah satu sebab kenapa orang memilih Fixi kerana sinopsis belakangnya yang superb. Kalau nak tahu betul atau tidak ceritanya, memang sah-sah lah kena beli dan baca bukunya.

Adam dan Akhil. Dua beradik kembar yang tak pernah berpisah. Eh! Tiba-tiba teringat cerita Hilang *wink* Mereka berasal dari utara dan datang berhijrah ke kota langit [baca: Kuala Lumpur] untuk membaiki kehidupan mereka. Dengan berbekalkan Diploma IT, mereka cuba mencari pekerjaan yang sesuai tetapi apakan daya susah rupanya nak bertapak di bandaraya besar ini.

Takdir membawa mereka kepada satu pekerjaan yang tak pernah dibayangkan - menjadi pembunuh upahan. Bukan sebarang pembunuh, tetapi membunuh mereka yang murtad. Wow! Nyata Fixi cukup berani membawa isu ini ke tengah. Walaupun pada mulanya pasangan kembar ini menolak, akhirnya mereka akur. Bukan hanya kerana harta yang ditawarkan tetapi tentang agama yang ditaruhkan.

Aku suka cara penulis memanipulasikan pekerjaan pembunuh upahan itu. Bukan mudah rasanya. Apatah lagi hukuman bunuh untuk muslim yang murtad. Terima kasih lah kerana tidak menjatuhkan hukuman secara sembereno. Tiap pembunuhan digarap dengan penuh berhati-hati dan teliti. Mungkin sebab tu aku jatuh cinta dengan Murtad. Ke kau suka dengan Akhil rina oi? ;P
Aku suka cadangkan ini kepada mereka yang pertama kali nak baca buku keluaran Fixi. Cuma ya, perlu membiasakan diri dengan gaya bahasa Fixi. Tak banyak masalah sebenarnya cuma aku rasa pihak editor perlu lebih berhati-hati. Dua-tiga kali tersalah nama antara Adam dan Akhil, tak berapa nak 'masyuk' la bro ;))

Pertama kali juga aku beri extra 1 bintang [nak letak 4.5, GR tak main lah setengah-setengah ;P] untuk buku Fixi. Ada 3 sebab:-

  1. Solat sunat sebelum solat fardhu Subuh. Aku tak jangka ia ada. Surprising!
  2. Selepas Ngeri & Kelabu, cerita ini juga 'bersih' [ini pun mengejutkan aku] *wink*
  3. Untuk  kulit bukunya yang cantik dan elegan [markah bonus kih5]
Sebab lain? Entah... aku bagi lebih sebab yang ini saja hee ;))

Happy reading (^-<)

Hilang

Hilang
Dayang Noor

ISBN: 9789670374116 
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Jun 2012
Halaman: 322
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Shaziman dan Ikhsan. Dua beradik kembar yang berbeza peribadinya namun di hujung-hujungnya, seakan sama saja kisah mereka *wink*

Shaziman dalam misi mencari adiknya [Ikhsan] yang hilang. Dengan nota ugutan yang diterima, dia tahu pencariannya agak sukar. Lagipun pihak polis tidak boleh mengetahui akan kehilangan adiknya itu. Dengan bantuan Jo; seorang penyiasat peribadi, mereka cuba menjejaki ke mana perginya Ikhsan.

Jo rupanya telah pun diupah oleh Ikhsan bagi mencari bukti tentang sindiket Jusoh. Dan di sini lah sebenarnya bermula segalanya. Pertemuan Shaziman dengan gadis-gadis kenalan Ikhsan tak banyak membantu. Ke semuanya hanya bertambah serabut. Nyata Ikhsan kaki perempuan nombor satu kih5 Tetapi bertemu dengan Khairani ada sejarahnya. Gadis itu ada rahsia besar. Dia umpama kunci kepada kehilangan Ikhsan.

Khairani. Gadis ini kelihatan naif. Gadis kampung yang biasa-biasa yang berhijrah untuk mencari rezeki lebih di kota. Dia amat memerlukan duit sementelah kakaknya diserang penyakit ganjil. Dalam pada itu dia jatuh jati pada Zed, lelaki yang agak popular di kilangnya. Dia akhirnya berjaya mendampingi Zed. Bersama-sama dengan Zed, Khairani mula sedar akan dunia yang makin kelam. Oh! Atau haruskah aku katakan yang Khairani mula sedar akan sisinya yang lain setelah bertemu dengan Zed? *wink*

Aku suka cara penulis mengolah Hilang. Ada time frame di setiap bab. Di situ aku mula berhati-hati kononnya tak mahu terjerat dengan masa yang digambarkan. Tapi... mana tahu aku pun sama terjerat hahaha5 Aku juga gandingan Shaziman dan Jo. Serasi yang bukan dibuat-buat. Mereka bukannya berkasih pun walau aku rasa macam 'alaaaaa' [rina...rina, ini bukan kisah cinta oi! ;P] Dan aku juga suka dengan pengakhirannya. Terasa bagai menonton cerita thriller mat saleh *wink*

Buku ini lebih baik daripada Jerat. Ceritanya lebih kemas, tak meleret-leret, elemen kejutan dan drama yang menjadi. Seronok. Teruja. Barangkali itu sudah cukup untuk kamu semua 'hilang' dalam karya terbarunya.

Happy reading (^-<)

Selasa, 6 November 2012

Gadisku, Wan Adnin



Allah mencipta cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila men...
Gadisku, Wan Adnin
Noor Suraya

ISBN: 9789670201528

Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Jun 2012
Halaman: 313
Harga: RM20


~ Rasaku… ~

Bagaimana harus mulakan resensinya? Hmm... comel. Indah. Comel. Aci tak? kih5 Mula-mula sekali nak puji JS Adiwarna untuk keluaran novel berkertas kuning. Yeah! Terasa mahal sungguh, kembang-kempis hidung memegang novel ni. Mujur ya pihak penerbit tak naikkan harga. Sayang korang ;))

Wan Adnin [Adnin], anak gadis bangsawan yang terdidik penuh berhemah. Walaupun tanpa kehadiran ibu dan ayahnya, Adnin membesar seperti anak gadis lain yang elok pekertinya, santun bahasanya dan kaya kasih sayangnya. Wan Suhaidah [Tok Bonda]; nenek Adnin begitu tegas mendidik Adnin sementelah itulah satu-satunya cucu perempuannya.

Adnin itu anak remaja biasa yang punya cita-cita dan impiannya tersendiri. Namun bagai 'dihalang' oleh Tok Bonda yang begitu menitikberatkan sahsiah, sejarah dan kedudukan aristokratnya. Tok Bonda tak mahu Adnin larut seperti anak gadis yang lain. Warisan tinggalan zaman seperti menekat dan menenun harus 'diperjuangkan' oleh Adnin ;)) Dan sebagai cucu yang mengenang jasa, Adnin tak pernah membantah.

Namun dalam satu-satu hal ini, Adnin terasa. Bagaimana ya mahu membantah bila Tok Bonda sudah bertegas akan hal jodohnya? Bukanlah Adnin mahu lupa diri tetapi rasa hatinya itu mahu dicampak ke mana. Sudahnya Adnin mengunci mulut, ikutkan saja rentak Tok Bonda. Alahai, kasihannya Akhtar! Tok Bonda memang tak sudi bermenantukan Akhar, anak pengusaha kantin tu. Aduh! Kisah cinta dua darjat sungguh.

Mujur ada dayang-dayang istana iaitu Zie, Hani dan Sheri yang sering jadi peneman. Memberi kata-kata semangat dan tukang sorak setia. Begitu juga dengan kehadiran Tok Yang, Tok Umi dan Kak Ijah. Kesemuanya saling menyokong dan mengerti. Dan Akhtar, sayang-sayang buah kepayang. Nak ditelan pahit, nak dibuang sayang? ;P

GWA menyedarkan aku tentang rasa belonging to family. Rasa bagaimana mahu mendidik hati untuk belajar bukan saja menghormati tetapi menyayangi semua ahli keluarga tanpa melihat siapa dan bagaimana mereka melayan kita. Sungguh. Terasa juga di hati, terkenang akan saudara-mara lain yang mungkin selama ini aku terlepas pandang. Tak perlu jauh kot, selidik diri sendiri lihat bagaimana ya melayan makcik sendiri? *wink*

Sekali lagi Kaksu tak pernah menghampakan para peminatnya. Seperti mana terjatuh cintanya aku pada Duha dan Nuha, tak sukar juga untuk jatuh cinta pada Adnin. Eh! Ke aku terjatuh cinta pada Akhtar ;P

cinta itu kurniaan Allah
jatuh dalam hati-hati hamba-Nya
[blurb novel]

Happy reading (^-<)

Isnin, 5 November 2012

Buku Conteng² Edisi Ketiga. Kucing The Cat



Buku Conteng² Edisi Ketiga Kucing The Cat
Fadhli Hamdan

ISBN:
-
Penerbit: www.contengconteng.com
Tarikh Terbit: -
Halaman: 72
Harga: RM 23 [termasuk kos pos]


~ Rasaku… ~

Untuk Edisi Ketiga Kucing The Cat – lebih menjurus kepada cerita hidup seketul daging bergerak seekor kucing kih5 Tak banyak perbualan kali ini. Sama je la kan dengan edisi sebelumnya. Lukisan yang bercerita. Comel ;))

Si kucing kali ini lebih 'merenyam' [ya iya je bahasa aku ni kih5]. Mungkin kerana KTC merupakan watak utama. Jadinya si kucing comel itu lebih menonjol daripada yang lain. Dan bila bercerita tentang si KTC ni, aku tak tahu kata apa. Comel. Comel. Comel. Atau tiba-tiba mahu lempang laju-laju si KTC hahaha5

Kalau rasa-rasa nak sesuatu yang manis tanpa perlu selak halaman yang setebal kamus, aku cadangkan yang ini. Harus beli. Ia mungkin kelihatan seperti cerita anak-anak, tetapi apa salahnya kan?

Contengannya masih sama. Cuma kali ini tiada lagi sticky note berwarna-warni. Aku kira satu kerugian di situ. Maaf ya encik penulis. Aku lebih menggemari caranya yang dulu. Gabungan sticky note dengan kesan lipatan. Ia kelihatan raw dan unik. Tetapi secara keseluruhannya, ia masih lekat di hati. Eh, kucing haiwan peliharaan yang comel tahu? *wink*


Naskhah terbitan penulisnya sendiri boleh didapati di lamannya di sini.

Ps: Dulu aku ada seekor kucing. Dulu… hee ;))

Happy reading (^-<)

Label

#prayforGaza Abby Gaines Abdul Latip Talib Abdul Rahim Awang Acik Lana Adah Hamidah Adaptasi Novel Addi Adib Zaini Affifudin Omar Afifah Aifa Batrisya Aimi Ainis Aina Emir Ainin Naufal Airisz Aisha Hamza Aisya Sofea Alaf 21 Aleya Aneesa Aliesha Kirana Alifah Juhaida Alina Haizar Aloy Paradoks Amal Amanda Berry Amirul Johari Amoi Ana Sofiya Andrew Matthews Andrew McMeel Publishing angelseptember Anis Ayuni Anita Aruszi Anjell Anna Lee Annur Shanana Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian Aqram Ar Risalah Ariela Sahimi Arman Jazee Athool Atikah Yusof Attokz Dikulgai Ay Yusof Ayob Kelubi Ayu Emelda Ayumi Syafiqah Azra Aryriesa Badrul Hisham Shari Bahruddin Bekri Ballantine Books Balqissy Bayyinat Berkley Sensation Big Bad Wolf Bikash Nur Idris blogpke Blook Bozu BraderLeplep Brigham Young Bukan Penggoda Buku Fixi Buku Prima BukuBlog Bulanhijau C.J. Charmichael Cabaran 50 Novel Carmen Falcone CAT Cerita KLIBF Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam Christine Merrill Cik Ian Citahrudin Cob Nobbler Comei Creative Ct Zuraimi Cucuratap Damya Hanna Dayang Noor Dewan Bahasa dan Pustaka Dhiya Zafira Diane Gaston Dihsar Ludba Haqifa Diya Nordin Dr Amida Abdul Hamid Dr Shah Ibrahim DuBook Ceritera DuBook Press e-book e-cerpen E-man Sufi e-novel e-Sentral Eka Faraha Elee Mardiana Elena Reeney Eliyyah Ellis Gee Emma Maizura Emy Roberto Entangled Publishing Evelyn Rose Fadhli Hamdan Faisal Tehrani Faizal Sulaiman Fajar Pakeer Farah Husain Fatimah Busu Fatimah Syarha Fatin Nabila Fauziah Ashari Faziela Fazley Yaakob Fdaus Ahmad Feeza Fikri Kacak Fikri Misti Fitri Hussin Fixi Retro GA Quotes Galeri Ilmu Gallery Books Gina Yap Lai Yoong GR 2012 GR 2013 GR 2014 Grup Buku Karangkraf H.M. Tuah Iskandar Habiburrahman El Shirazy Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 Hafizah Iszahanid Hafizul Osman Hani Fazuha Hanie Hanina Abdullah Hannah Dhaniyah Hanni Ramsul Hanny Esandra Harlequin Books Haryani Kamilan Hasrul Rizwan Haswida Abu Bakar Hellioz Herna Diana Hezzy Azra Hidayatus Hilal Asyraf Hlovate Hodder Stoughton I F I Enterprise Ian Juliana iBook Publication Ida Farisya Idea Kreatif Publication Ika Madera Ilham Bestari Publication Ilya Abdullah Imaen Iman Nizrina Iman Xara Imani Hatta Imran Azmi Indah Iskandar Intens Media Iqbal Syarie Iris Ixora Irma Hasmie Ismi Fa Ismail ITBM Jat Jemari Seni Jennifer Probst Jo Johanna Lindsey John Norafizan JS Adiwarna Ju Asu Ra Jualan Gudang Julie Anne Julie James Kad Mutiara Minda Kaki Novel Karangkraf KarnaDya Karnival Buku Online Karnival Karangkraf KaryaSeni Kaz Ishak Kele Moon Keputusan C50B Khairul Nizam Khairani Khairulnizam Bakeri Khairyn Othman King International Prize 2010 KLIBF 2011 KLIBF 2012 KLIBF 2013 KLWRF Kumprinx Kusyi Hirdan Lang Leav Leeya Myra Lejen Press Levis Delisya Liana Afiera Malik Lila Vee Liza Mior Rashdi Loose Id LLC Lord Zara Louise Allen Lovenovel Luc Abdullah Lya Zara Lynn Allyna Lynn Dayana M Faridzuan Majid Ma Lee Chuswan Maisey Yates Mak Su Manjlara Maria Kajiwa Marissa Marita Conlon-Mckenna Marwati Wahab Masy Mat Luthfi Maya Banks Maya Iris Mazni Aznita Mazni Darwisya Mcjust.lol Meen Zulaikha Melati Publisher Melur Jelita Miazal Zahra Michelle Willingham Mimie Afinie Mimie Candycane Mini Novella Mirachantek miss eurydice Mona Yanty MPH Mr.K Mrflowermanstudio Muhammad Fatrim Murni Aqila Nadia Khan Nadra Yasmina Nami Cob Nobbler Nasiroh Abdul Rahman Nasron Sira Rahim Nass Alina Noah Nasz Naurah Iman Nazawati Nazri M. Annuar Nazurah Aishah NB Kara NHF Media NI Publication Nina Croft Nir Nirrosette Nisah Haron Nisyah Nizam Sani Nok Wafdi Nik Jaafar Noor Azzahra Noor Suraya Noorfadzillah Nora Ismail Noraz Ikha Norhanisamila Norhayati Abd Malek Norhayati Berahim Norisah A. Bakar Nota Airina Notis Pembetulan Novel Fiksyen Sejarah Novel Grafik Novel Nur Novel Terpakai Nur Ezzah Amirah Nuraqilah Syuhaida Nurassyi Rashid Nureen Mirza Nurul Syahida O'Brien Press Owen Slot P. Ramlee Pameran Buku Paradoks Production Pekan Ilmu PELIT Penerbit Republika Penerbitan Angkatan Baru Penulis.Sahaja Penulisan Enterprise Penulisan2u Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 Pesta Buku Pesta Buku Kelantan Pesta Buku Selangor Pingu Toha Pitak Popular Printing Problem Promosi PTS PTS BookCafe PTS Fortuna PTS Islamika PTS Litera PTS Millennia PTS One PTS Pop PTS Syok-Hallyu Wave Puteri Andalas Qaseh Qaisara Qaseh Qistina Que Sera Sera Rabihah Nur Ridhuan Rahimin Raja Faisal Ramlah Abdul Rasid Ramlah Muhamad Ramlah Rashid Ramlee Awang Murshid Read Malaysia Reen Rehan Makhtar Ridhwan [Ridh-One] Ridhwan Saidi Ridhya Iman Rizai Reeani Robin Bielman Roman Rose Harissa Ruby Hazri Rynsa Saidatul Saffa Saifullizan Tahir Salina Ibrahim Salina Salleh Sania Yasmin Sara Aisha Sarah Mayberry Sarnia Yahya SeaShell Publishers Sha Ibrahim Shafaza Zara Syed Yusof Shahir Shahirah Khairudin Sham Hashim Shamsiah Mohd Nor Shaz Johar Si Manis 17 Silhouette Books Sinaganaga Sindiket Sol-Jah Siti Hazneza Abdul Hamid Siti Jasmina Ibrahim Siti Nur Dhuha Siti Rosmizah Small Cow Productions Soltura Sophie Kinsella Syafiq Aizat Syah Shah Syahirah Ibrahim Syaihan Syafiq Syamnuriezmil Syarikat Muda Osman Syasyaja Syud Syuqri Mustaqim Szalies Teja Irzara Telaga Biru Tere Liye Terjemahan DBP Terri Brisbin Thanks Note The Dial Press TheBentPencil Tok Rimau Top 10 Ulii Azman Umi Azrini Umi Kalsom Umie Nadzimah Usia GA Ust Amran Md Yusoff Ustaz Azhar Idrus Vanny Chrisma W. Wann Azlan Wise Words Publishing Wordless Wednesday Xarine Yusnida Tajuddin Zabrina A. Bakar Zaharah Nawawi Zahazan Mohamed Zamri Mohamad Zamri Zainal Abidin Zara Aluwi Zaradgreat Zarith